Skip to main content

Seronok Ke Work From Home?


Sejak-sejak Covid 19 ni, kita kena hidup dalam norma baru. Kena biasakan diri pakai pelitup muka, amalkan penjarakkan sosial (yang ni sis gemar sangat sebab tak suka tempat sesak/ bersesak dengan orang), basuh tangan dengan kerap. 

Satu lagi norma baru adalah bekerja dari rumah ataupun work from home (WFH).  
Masa MCO bulan Mac hari tu, excited bila WFH sebab pengalaman pertama. But let me tell you, it was more like WORK FROM HELL for me & my team. 

Mungkin bagi sesetengah syarikat/ jabatan/ department, WFH ni sangat heaven untuk diorang. Boleh bangun lewat, boleh lepak-lepak main game, tido, makan sambil "buat kerja". 

Ramai orang yang tidak berada di tempat sis pun ingat weols macam tu 

"Seronoklah korang WFH kan. takde kerja nak buat" 

Hamboi hamboi hamboi mulut. It was nothing like that at all for us. It was pure torture! In fact we prefer to work from office. 

Pros of WFH 
Besides reducing infection risk la kan. duhhhh
 
 1. Save money, time, energy & other resources commuting to & fro work. 
 - Tak perlu bawak kereta, harung jam, maki-maki driver bodoh  
 - Tak perlu isi minyak, bayar tol, parking 
 - Masuk kerja 9am, bangun 8.30 pun sempat okay. Habis kerja 6pm, dah terus boleh bersenam ke masak ke gardening ke 

 2. Tak perlu bersiap 
- Honestly my least favourite thing to do at the end of the day is removing my make up. So yeahhhhh!!! tak payah mekap, tak payah sakit otak fikir nak pakai baju apa hari ni eh i dah pakai baju ni last week takkan nak pakai ni lagi
- No pants, no bra, no panties, no clothes, no shoes. You can work naked for all I care
- Oopps tapi sis mandi tau setiap pagi. hahahahha 

3. Multi-tasking, better time-management
- Sambil reply email, sambil potong sayur. Mampuu?!

4. Great for Introverts
- No interactions, no forced social engagements, awkward small talks in pantry all sounds good to me. 

Cons of WFH 
- again, this depends on the company/ department. But this is my personal experience 

 1. More workload 
- Masa MCO tu kesemua 82 outlet diarahkan tutup, department weols jadi one stop customer centre untuk physical store & online stores. So uols bayangkan kita kena handle customers melalui pelbagai communication channels termasuk Whatsapp, Livechat, calls, emails. Kena proses order lagi. Non stop sis. nak kencing pun tak sempat. Makan tak payah cakap lah, kalau tak Grab, capai je apa ada depan mata. 
 - Imagine with all this workload but you are working with limited resources. memang work from hell. 

 2. Constant updates via various channels 
- Yang ni pun sangat draining & memenatkan. 
- Takde maknanya lah nak nap ke nak tido ke masa WFH. Sentiasa perlu up to date dengan pelbagai pihak melalui pelbagai communication channels. Sekejap2 pihak A update kat Skype, Pihak B kat email, Pihak C melalui Whatsapp, Pihak D melalui Microsoft Teams, Pihak E pakai burung merpati, Pihak F pakai asap unggun api

3. Micromanaging 
- Boss takut staff dia makan gaji buta kat rumah, takde kerja nak buat. So macam-macam tugasan adhoc diberi. Tugasan adhoc ni pulak macam angin monsoon, bertukar-tukar. Uols dah  stress & penat-penat buat, tiba-tiba dia cakap "Eh takyah la buat benda ni" Apooo?!?!
- Boss takut you mengular tido, so setiap 3-4 jam conference call la, please read my message & acknowledge la, please update this la that la.   

 4. Limited resources 
- Nak print takde printer 
- Kalau takde WIFI kat rumah macam sis ni, ha pakailah mobile hotspot. terima kasih DIGI 
- No proper table & chairs for you to work, akibatnya sis sakit pinggang setiap hari. If you are like me, had lower backpain, try to do Pigeon Pose, very helpful to relieve lower back pain.
- Ruang tamu takda aircond, bekerja dalam keadaan panas, ketiak basah sis.

5. Kena kerja, kena jaga anak, kena masak pada masa yang sama
- Mak-mak yang kena WFH memang stress level dia sampai langit ke-7 dengan nak kerja, dengan kena jaga anak, buat kerja rumah kena masak lagi.
- Walaupun takda anak (anak iols tumbuhan, duduk diam je good girl sangat), sis faham struggle mak-mak ni.
- In fact, kebanyakkan ibu bekerja ni lagi suka datang pejabat, sebab kat pejabat ni macam "mini holiday" untuk diorang. Dapat me-time, boleh bertenang buat kerja sambil minum kopi. 

6. Your sanctuary (home) is now a work place
- Sebelum WFH, senang untuk pisahkan kerja (stress) & kehidupan peribadi (rumah, masa peribadi). You can just leave work at the office, shut your brain & not thinking about work when you reach home.
- But now home is also your "office", everything is blended into one WFH. it's difficult to totally shut of your brain off work. So you are still in "work mode" even after you switch off your laptop


Ada pros & cons kan. Lain company, lain policy/ practice tapi bagi iols, lagi stress kot WFH. 

Look at this funny comic 

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi

Kulit Sihat Dan Cantik Berseri: 5 Supplement Dan Nutrisi Penting Yang Harus Mencukupi Image: Aiony Haust, Unsplash Pernah tak kalian mengalami keadaan kulit nampak kusam dan tak bermaya walaupun semua skincare kalian dah cuba? Kulit yang sihat dan cantik berseri bukan sahaja memerlukan penjagaan luar yang rapi seperti penggunaan cleanser, toner, moisturizer dan SPF yang bersesuaian, penjagaan dalaman juga penting tau. Ini kerana, kulit yang berseri adalah  reflection  kepada sistem dalaman badan yang sihat. Pssttt. Tahu tak, kulit merupakan organ yang terbesar pada tubuh badan kita? Diet dan pemakanan memang akan mempengaruhi keadaan kulit dan kulit yang sihat bermula daripada pemakanan yang seimbang. Jom kita lihat 5 supplement dan nutrisi penting untuk kulit sihat dan cantik berseri. 1. Vitamin C C for cantik, C for collagen gituuuu. Vitamin C adalah penting untuk penghasilan kolagen , struktur utama untuk kulit yang anjal dan berseri.  Pengambilan vitamin C yang mencuk...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Indah Khabar Dari Rupa

"I suka tengok IG si anu anu ni. Selalu share parenting tips. Macam family goal." ujar bawang merah sambil dia scroll instagram sorang public figure Malaysia. "Hah!? Siapa? Si anu tuh? huh!!!! I ban mamat tuh!" sampuk si bawang putih.  Kemudian beberapa bebawang kat situ pun mengiyakan statement maut bawang putih. "Ye ye! I pun ban dia tu! So arrogant. Sombong!" ujar si bawang goreng. Kebanyakkan bawang-bawang ni pernah kerja dalam outlet yang sering dikunjungi oleh si  public figure ni  dan sudah tentu pernah  berhadapan dengan dia.     Semua berkongsi pengalaman yang sama, bahawasanya di public, si figure ni sering bermuka masam dan sombong. Tak pernah nak friendly. Mungkin dia ingat sales staff tak setaraf dengan dia. Bawang putih pulak menyambung "Hipokrit betul. Dalam IG dok share-share parenting tips bagai, tapi realiti 2 orang anak dia tu macam anak setan!" wahh marah betul bawang putih. Nak dijadikan cerita, anak-anak...

The Beautiful Malacca

St Paul's Church Malacca is probably my third favourite city. My first time visiting this amazing place was when i was 14 for a youth camp and has been visiting Malacca for countless times now. Day trips with friends or families,countless programs and courses over the years. It's probably that few coins i threw into the old well or an empty tomb on St Paul's Hill. Oh you know what they say about throwing coins and you'll come visit that place again someday. I love the old historical buildings, The Stadhuys, the architecture and colours of the building.  I love the food, the vibrancy of the town.  So the other day, my mum and younger sis was in town and we drove down to Malacca for a day trip.  14 years ago, those tall buildings were not there. It's kinda sad that a historical place like this is surrounded by modern malls and hotels. All in the name of progress i guess. The girl who thinks she is a professional dancer... R...