Skip to main content

Superfruit Avocado - Resipi Mudah

Mesti uols pernah makan avocado kan?

Buah avocado ni mula digemari ramai sejak kita masuk era "healthy eating". 10 tahun lepas, susah jugak nak jumpa avocado. Sekarang ni, kat Giant pun ada, siap dengan harga mampu milik.

Zaman kita baby-baby dulu, mak-mak kita bagi makan bubur nasik kosong je jah. Bertuah anak-anak zaman modern sekarang sebab umo 6 bulan lagi mak dorang dah kasi makan avocado.

Iols pun baru belajar makan avocado ni 5 tahun lepas. Itu pun sebab minum jus avocado. Wakakaka.

Hari tu ternampaklah ada sorang hakak ni post dalam group MAHN (Masak Apa Hari Ni).

Ceritanya baru beli avocado tapi "macam mana nak makan eh benda ni?"

Okay. Ramai orang tau avocado tu apa tapi tak ramai yang tau khasiat buah ni dan kenapa ianya adalah superfruit!

Ramai jugak yang kurang tahu cara-cara untuk makan buah ni.

Meh CPPS nak cerita. Avocado ni unik. Kebanyakkan buah-buahan kaya karbohidrat tetapi avocado kaya dengan lemak yang baik. Sebab itulah rasanya berlemak, creamy dan yummy.


Good fats fight bad fats.

Avocado The Superfruit!

1. Ianya sangat berkhasiat. Selain asid lemak, avocado juga mengandungi lebih 20 vitamin & mineral. Yang PALING penting, avocado juga kaya dengan serat (100gm avocado mengandungi 7g serat). Selain itu, ianya mengandungi Lutein yang baik untuk mata.

2. Mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang ~ Potassium ni uols adalah salah satu mineral yang penting untuk otot (contraction and relaxation, hence helps reduce muscle cramps). Ianya juga boleh membantu untuk mengawal tekanan darah. 100gm avocado membekalkan 14% keperluan harian potassium berbanding pisang (10%).

3. Kaya asid lemak tak tepu (good fats!) ~ Avocado adalah makanan yang TINGGI LEMAK. Malahan, 77% kalori avocado adalah daripada lemak. Jangan panik, majoriti lemak ini adalah oleic acid — asid lemak mono tak tepu yang berkhasiat (heart-healthy fatty acids). Bila makanan kita mengandungi lemak yang baik, kita juga akan rasa lebih "puas" (satiety) dan kenyang untuk masa yang lebih lama.

4. Membantu menurunkan kolesterol dan LDL ~ terdapat 8 buah kajian yang mengkaji kesan pengambilan avocado dan bacaan kolesterol darah. Dalam kajian tu, they alls yang makan avocado: 
  • Reduce total cholesterol levels significantly.
  • Reduce blood triglycerides by up to 20%.
  • Lower LDL cholesterol by up to 22%.
  • Increase HDL (the "good") cholesterol by up to 11%.
Soalan seterusnya, "macam mana nak pilih avocado? Iols beli keras kejung! Macam mana nak makan macam ni?"

Uols kena tengok warna dan sentuh2 sikit. tapi jangan picit sampai penyet. Kalau still firm to the touch, it's not quite ready to be eaten. Bila dah lembut sikit dan boleh ditekan, makanya avocado tu sedia untuk dimakan. Tapi jangan risau kalau uols TERbeli avocado yang tak masak lagi, peram je kat rumah. Kalau ada pisang, letak sebelah pisang.
Soklan seterusnya pulak, macam mana nak makan avocado ni?

1. Jus Avocado

My favourite! So yummy and creamy. Jus avocado ni adalah pilihan yang lebih sihat especially bila uols tengah mengidam benda-benda creamy macam ice cream ke cheese cake ke sebab ianya kurang gula, kurang lemak tepu dan lebih berkhasiat berbanding ice cream/ cheese cake.

Macam mana nak buat?

Oh senang gila uols. Bahan-bahannya:
  • 1/2 biji avocado
  • 1 kotak susu segar (200ml/250ml)
  • Sedikit susu pekat manis/ madu ( 1-2 sudu makan tapi tak nak letak pun takpe)
  • Sedikit ais 

Lepas tu uols blend la semua sampai halus dan sebati. Maigawdd i tell chuuu nikmat sungguh especially kalau minum sejuk-sejuk. Nyaman sungguh rasa dia bila lalu kat tekak. 

2. Egg Avocado Sandwich

Iols suka buat sandwic telur untuk sarapan sebab mudah dan berkhasiat. Biasanya iols akan letak sedikit mayonis sebagai "binder" telur dan bagi rasa creamy lemak-lemak gitu kan.

Avocado boleh digunakan untuk menggantikan mayonis. So much healthier than mayo! 

3. Guacamole

Guacamole ~ a dish of mashed avocado mixed with chopped onion, tomatoes, chilli peppers, and seasoning.

Sejenis makanan Mexico yang biasanya digunakan sebagai sapuan, dip atau salad dressing. 

Senang bangat nak buat guacamole ni. Iols biasa makan macam tu jeh, idokleh dip-dip dengan chips gitu kan. Tapi kalau uols nak feeling healthy, uols boleh potong-potong carrot stick, timun etc dan buat guacamole ni sebagai dipping sauce. Yummmm.

Bahan-bahan: 
  • Avocado - ikut suka uols la berapa bijik, lenyekkan
  • Bawang holland  - 1/4 bijik, hiris ke cincang pun sukati tekak uols
  • Tomato - 1 bijik, potong kiub
  • Jus limau, garam, serbuk cili/chili flakes - secukup rasa sesedap tekak uols.

Senang kan uols?

Tak susah untuk eat healthy. Tapi ingin CPPS ingatkan disini, "Healthier"/ lebih sihat tidak bermaksud rendah kalori semata-mata atau sebab dia makanan sihat maka uols melantak tak hengat dunia.

"healthier" ni membawa maksud, selain kalori, makanan tersebut juga mengandungi zat lain seperti vitamin dan mineral serta serat. Makanya, walaupun avocado adalah makanan yang sihat, makanlah dengan sederhana dan seimbang hokay?

Astalavista!

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

Dear Girlfriends.....

I have known a lot of ladies who think they need someone to complete them and make them happy. Some compromised a lot and sacrificed so much of themselves to be in a relationship. Sadly some changed the person they are, the way they dress, even friends they mingle with just because the man in their life ask them to. Do not put your happiness in the hands of others. Happiness is a journey,not a destination. It is always up to us to make ourselves happy. If you are constantly wanting to be in a relationship to be happy or less lonely, you are going to be really disappointed.  Be happy with the person you are. If the one you are with now constantly make you feel worthless, maybe you are in a wrong relationship. Learn to love yourself. If you are not happy with the person you are now, how can you expect others to love you? This is a really nice song by Alicia Keys - Girl On Fire. Dedicated to all my girlfriends :) Remember, yo...

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1

Pulau Perhentian Yang Cantik Sampai Speechless - Travelogue Day 1 Beautiful! Pulau Perhentian adalah antara destinasi dalam wish list Cik Panda. Dari dulu lagi teringin nak menjejakkan kaki di salah sebuah pulau yang cantik di Malaysia. Plan punya plan, rezeki iols tahun ni bercuti ke Pulau Perhentian. Ye la uols, selama ni iols makan ikan salmon. Tahun ni kita makan ikan kembong ye. Siap cicah air asam lagi. Dari Kuala Lumpur Ke Pulau Perhentian Okay macam mana nak ke Pulau Perhentian yang terletak nunnnn jauh di Terengganu tu? 1. Melalui Udara Kalau rasa nak cepat dan jimat tenaga, uols boleh naik flight ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra , Kota Bahru KELANTAN ye.  Iols ulang KELANTAN sebabnya jeti nak ke pulau tu terletak di Besut yang lebih hampir dengan Kota Bahru. Lepas landing tu uols bolehlah ambik teksi ke Jeti Kuala Besut . 2. Melalui Jalan Darat Weols yang 10 orang ni sangat gigih so weols drive 3 bijik kereta, Ferrari, Ferrara dan sudah tentunya kereta...

Himpunan Kisah Mistik: Rishi Si Pengawal Keselamatan (Part 2)

Baca Bahagian 1 SINI   Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik ini adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Lebih kurang tengahari macam tu, apek tua called Rishi. Dia ingat nak kena marah tapi alih-alih okey je suara apek tu. Apek tu cakap next time jangan lupa switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila dengar apek tu cool je, Rishi pun cerita panjang lebar apa yang terjadi, tapi apek tu diam je. Paling pelik, apek tu siap offer Rishi extra RM200 setiap minggu untuk sewa motor time weekend. Tanpa banyak soal, Rishi dengan girangnya terus cakap OK BOSS!! Hari berlalu tanpa sebarang kejadian dan Rishi kerja macam biasa. Pukul 6 petang masuk kerja, layan radio tamil sambil main-main SMS, kadang-kadang ada geng dia datang melepak kat depan rumah dan biasanya pukul 10 malam dia dah start tido sampaila pukul 1:30 pagi bangun dan pukul 2 pagi pergi belakang tutup suis fuse box, then sambung tido balek sampai pukul 7. Suatu weekend, apek tua...