Gambar hiasan sumber Google Disclaimer: Cerita asal milik Dammerung dari Forum Cari . Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971 Selepas drop out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja di kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu. Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak. Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai babi hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ. Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor... "Mat Sen...