Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Kau Tu Level Makcik2 Bila Kau..

Sejajar dengan peningkatan usia, minat weols pun sudah tentu berubah kan. Uols rasa uols masih muda remaja, tak terasa umur meningkat kan tapi percayalah, uols dah capai level makcik-makcik bila uols buat perkara seperti dibawah: - 1. Cinta kepada Grocery Shopping Bila masuk mall, uols paling excited masuk mana-mana kedai grocery. Malah uols habiskan paling banyak masa kat situ berbanding kedai baju, kasut atau benda lain.  Punyalah uols excited tengok bermacam-macam jenis groceries, tambahan lagi kalau grocery store tu atas-atas i.e Village Grocer, Jaya Grocer dan seangkatan dengannya.  Lepas tu bila tengok groceries tu, uols boleh siap berangan nak masak tu masak ni. Tapi level makcik2 uols memang tahap tinggi kalau uols pernah lalui macam ni "Uish megi kat sini RM4.20. Kat Giant boleh dapat RM3.50 kalau promo, kat NSK pun murah jugak." Lepas tu uols tau jenama kicap apa yang terbaik. Nampak tak bertapa up to datenya uols dengan harga b...

What Is True Love?

Ahhh topik cinta. Apa itu cinta? What is true love? Uols pernah rasa apa itu cinta sejati? CPPS sebenarnya takdak komen tentang cinta sejati. Tak tau jugak kalau pernah mengalami cinta sejati.  Tak tau jugak kalau cukup bertuah dalam kehidupan kali ini untuk merasa apa itu cinta sejati. Itu semua CPPS tak tau. Tapi CPPS tau kasih sayang. CPPS tau FOOD IS LOVE.  No love is purer than the love for food. Why food is love? Because food nourish us. Give us energy. Make us happy. Food is not judgmental. They don’t care if you are skinny or fat, dark or fair, beautiful or ugly. Food loves you back. Food never gets bored of you. And people who know your favourite food and make the effort to cook for you, in my humble opinion, is true love. Kasih sayang adalah apabila orang tanya “Balik makan kat rumah tak?” “Balik tau. I dah masak lauk favourite you” Kasih sayang adalah orang yang tak reti masak tapi cuba untuk masak untuk uols. Waima megi dengan tel...

Pemandu Grab Puaka

Satu hari dalam minggu lepas, CPPS ada appointment kat luar pukul 3 petang. After lunch time dalam pukul 1pm tu, CPPS pun catwalk menuju ke kereta. Plannya nak drive lah pegi tempat appointment ni. Dari jauh nampak ada kereta double park depan kereta iols. Okay takpe. Mungkin dia ada tinggalkan phone number. TAKDE! Masa ni CPPS cool lagi. Kita try hon manalah tau owner kereta ada berdekatan. Hon-hon pun takde yang datang.  Kita pun tunggu la kejap kan kot-kot lah dia datang. TAKDE JUGAK! Ini memang driver yang takde kesedaran sivik. Kita faham kalau tempat tu takde parking kemudian uols terpaksa double park. Tapi yang bengongnya tu tak reti ke nak tinggalkan nombor telepon? Okay takpe. Kita cuba pakai Grabcar. Tak sampai 3 minit, grab driver dah sampai.  WOWWWWWWWW! Efficient gila! Lepas tu perjalanan pun smooth and efficient. Driver pun jenis tak pot pet pot pet merapu. Dari Cheras ke Damansara setengah jam je. WOWWWWW lagi sekali. CPPS rate dia ...

Kipas Susah Mati Gym

Siapa abam sado A? Baca permulaan kisahnya DISINI . Dalam beberapa bulan ni, abam sado A neutral, mungkin mulut puaka dia pegi menuntut ilmu. Kalau jumpa pun borak-borak macam biasa je.  Selalu jugak la terjumpa kat gym. Nak dijadikan cerita, satu petang CPPS terus shoot pegi gym dari tempat kerja. Hari rabu memang wajib CPPS pegi sebab ada kelas zumba. Tengah hari sabtu pulak zumba lagi dan kalau masih bertenaga, sambung strong by zumba. Dalam CPPS catwalk nak pegi changing room tu, ternampak la si abam sado A ni tengah workout. "Hey! baru sampai ke? Lambat you hari ni." dia tegur CPPS "Laa. standard la time macam ni I sampai, 6.30-6.40pm. I habis kerja pukul 6 kot." "So buat apa hari ni? Pegi zumba ke?" "Eh tanya pulak. zumba la apa lagi." "Jarang nampak you sekarang. You datang seminggu sekali je ke?" "Ehh. 2 kali seminggu okayyy. Sabtu I kan pegi gym club lain."  Elehh cakap je lah rindu ai kannn...

Perlu Ke Kita Ambil Supplement?

Perlu Ke Kita Ambil Supplement? Isu supplement ni rasanya sampai ke sudah tak habis. Sentiasa menjadi isu-isu berbangkit gitu kan. Oh sebelum saya bukak cerita, ada baiknya sekira saya clarify yang saya merujuk kepada dietary supplements seperti multivitamins, omega 3 fish oils, vitamin C dan sebagainya. Dan bukannya jamu perapat, ubat kurus atau kunyah-kunyah terus cantik. Bukan juga supplement yang claim boleh sembuhkan pelbagai penyakit. Bukan ye. Sebelum ni, kita cerita pasal berbahaya ke supplement yang kalian boleh baca KAT SINI . Kali ni kita cerita pulak perlu ke kita ambil supplement?  Baca: Apa Yang Korang Kena Tahu Pasal Supplements Supplement adalah supplement. Ianya sesuatu yang melengkapkan cara hidup dan pemakanan yang sihat. Supplement kalau dalam bahasa mudahnya adalah  "Untuk melengkapkan sesuatu yang kurang" Okaylah, berbalik kepada cerita pasal "perlu ke makan supplement?". Apa kata uols jawab dulu soalan-soalan dibawah. 1. A...

CPPS Shemale?

Shemale ke?? Nothing related. Just that I like this pic and how I picture myself when looking at my phone. Walaupun CPPS jarang ngepost cerita pasal Tinder, tak semestinya CPPS tak main Tinder lagi. Sesekali bila bosan, iols swipe-swipe la jugak kiri kanan kan. Saje bagi jari-jemari lemah gemalai ni bersenam sikit. Kekadang tu saje la kan nak networking. Tapi setakat tu je la kan. Sebab up to a certain point, Tinder ni bosan jugak. You have to put up with a lot of small talks, shallow conversations and jerks who think with their dicks. So biasanya bila uols sama-sama swipe right tu, maka uols dah connected and boleh lah mula mengejas. Biasanya si jantan akan text "Hey" Lepas tu uols pun reply "Hey. How are you?" Lepas tu krik-krik 2-3 bulan. Ataupun "Hey" "Hey. How are you?" "Good good. And you" "Great. What do you do for a living" dah macam interview keje kan. Ada satu soalan ni ULTIMATE TIN...

Mandelic Acid Untuk Kulit Flawless

Bulan lepas CPPS ada cerita pasal Mandelic Acid kat SINI . Masa tu, pakai brand For Beloved One. Dah tu tonyoh hari-hari memang cepatlah habis kan. So carik punya carik kat Lazada la, 11th street la, Hermo la, dah tak jumpa brand ni. Ah sudah. Macam mana iols nak kekal gojes mojes ploless ni kan? Kemudian iols gigih la carik brand Shills ni kan. Tapi brand ni lagi la harommmmjadah nak jumpa. Actually mula-mula tau pasal MA ni, Shills ni antara brand yang ada dijual di Sasa. Tapi sekarang diorang dah tak jual. Carik-carik akhirnya jumpa kat 11th street. Tapi disebabkan stok tu diorang kena ambik dari oversea, 2-3 minggu jugak la nak tunggu sampai kat tangan iols. Bila dah sampai tu tak sabar gila la nak try kan. Yang ni 30 ml tapi I found out that I don't like the texture. Too oily :( Yang FBO tu tak berminyak langsung dan sangat mudah diserap. So sekarang Shills ni hibernate dulu. Back up bila kehabisan MA. Disebabkan Shills tu lama sangat nak sampai, iols mulalah pan...

What Are You Thankful For?

Haaa kelas kauu. Lama tak ngepost, sekali hapdate, topik #deep terus. Biasalah uols, kita sebagai manusia ni memang ada pasang surutnya. Uols ingat laut je ke air pasang pagi, surut pukul 5. eh ternyanyi pulekkkk. Pasang surut macam mana tu? Ye la, ada satu ketika tu kau rasa kau bahagia sangat. Takde pape yang kebabonm pun cuma kau rasa sangat bersyukur sebab cukup makan, cukup pakai, sihat walafiat. Ada bumbung untuk berteduh, ada kerja yang tak buat uols rasa macam nak bunuh diri.  Pendek kata segalanya cukup lah. Lepas tu tiba-tiba satu hari tu, sesuatu terjadi yang menggugat emosi dan seluruh alam semesta uols. Benda tu bukanlah sampai antara hidup dan mati kan tapi tetap bisa membunuh jiwa kan. Makanya uols pun, berendam air mata, makan hati.  Why me? why me? WHHHHHYYYYYYYYYYY. gitu kan Kenapa hidup aku tak macam orang lain? Kenapa tak tu, kenapa tak ni dan pelbagai kenapa menusuk jiwa uols. Lalu uols makan tak kenyang, tido tak lena, mandi tak ...