Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Melbourne 2019 - Puffing Billy & Brighton Bathing Boxes

Melbourne 2019 - Puffing Billy & Brighton Bathing Boxes The Iconic Brighton Bathing Boxes Hari ke-4 di Melbourne, kita akan menjelajah pulak ke Puffing Billy dan kemudian petangnya pulak catch the sunset at Brighton Beach gituu. Puffing Billy. Image from Google The Puffing Billy ni adalah steam train yang alaaa, macam keretapi dalam cerita Harry Potter tu. So bila uols naik ni, bolehlah fefeeling macam Harry Potter nak pegi Hogwarts.  Dan yang lagi bagi feel adalah keretapi ni terletak di Dandenong Ranges , sebuah kawasan hutan berbukit-bukit, bergunung-ganag yang masih terjaga alam semula jadinya. Sejarah Puffing Billy dan maklumat lain, uols boleh baca kat PUFFING BILLY WEBSITE . Tiket untuk naik keretapi ni pun sis rekomen uols beli online kat website dia jugak. Tips: Sila rujuk timetable keretapi bertolak kat SINI bagi mengelakkan kekecewaan ye. Keretapi ni akan bertolak dari Belgrave dan ada 3 destinasi uols boleh pilih, samada Belgrave-Lakeside ataupun B...

Melbourne 2019 - Great Ocean Road Trip (Day 2 & 3)

Us & 12 Apostles. Forehead game strong, ai kenot. Baca Day 1 kat  SINI  ye uols. Hari kedua di Melbourne dan kami sangat teruja untuk Great Ocean Road trip (GOR). Wehoooo! Tapi hari tu cuaca agak mendung sepanjang perjalanan dari bandar Melbourne ke GOR dengan hujan renyai-renyai disatu dua tempat. Sesiapa yang berkunjung ke Melbourne, bolehlah dikatakan tidak lengkap lawatan uols jika tidak menjejakkan kaki ke GOR. It's one of the world's most scenic coastal drive, along the south-west coast of Victoria.  Perjalanan lebih kurang 243km ini bermula dari Melbourne CBD hingga ke Port Campbell dan akan melalui pelbagai jenis permandangan, flora dan fauna. Sepanjang perjalanan tu, korang akan melalui tebing laut dan lautan yang luas mata memandang.  Lepas tu uols akan melalui pulak hutan kayu Eucalyptus , ladang-ladang ternakan lembu hitam putih, kambing biri-biri gebu serta bukit bukau yang menghijau. Highly recommended untuk mereka yang sukakan al...