Lelaki bermulut puaka dan CPPS berpisah tiada. Kali ini ceritanya berkisar tentang kahwin. Ohh topik yang panas sekali. M emang bikin panas. Ada seorang kawan lelaki kita namakan dia Dhani. Si Dhani ni CPPS kenal sejak tahun lepas tetapi cuma jumpa 2 kali sahaja. Selebihnya lebih kepada chat yang lebih kurang begini "Hoi. Busy memanjang. Bila nak jumpa? Sombong. Starlight dahi tu kang" Ye, weols berdua memang gurau kasar sikit. Tapi Dhani ni rajin la jugak kan chat dan tanya khabar sekali sekala. Bukanlah macam jantan-jantan puaka lain kan. Penghujung tahun lepas, Dhani cakap dia rasa macam nak kahwin sebab 'Two is better than one' katanya. Lagipun umur dah meningkat. Dia tua setahun daripada CPPS. Ok fine. Tahniah. CPPS suruh la dia carik calon kalau terasa hati dah terbuka nak kahwin kan. Pertengahan tahun 2017, dia cakap akan kahwin lepas raya. Okaylah kan. Syukur la dah nak kahwin. Baru-baru ni, dia whatsapp CPPS bertanya khabar. Perbualan ...