CPPS pernah mengupas isu jendul kat SINI . So ceritanya kali ni pulak macam ni. 2-3 bulan ni, CPPS gugur banyak sangat rambut. Sejak dari dulu lagi pun memang selalu gugur banyak. Agak kagum jugaklah dengan diri sendiri sebab belum botak lagi. Tapi kebelakangan ni, bila ikat rambut, ponytail semakin mengecil dan belahan rambut kelihatan semakin lebar dan kulit kepala sedikit jelas. "Oh no! Adakah sis akan botak? Tak boleh jadi ni, sis harus lakukan sesuatu!" kataku dalam hati kan. Memanglah dari kecik lagi, ai tidak dikurniakan dengan rambut yang tebal. Rambut ai ni pulak jenis yang halus mulus macam rambut baby. Sudahlah halus, nipis pulak tu. Seydeehhhhh. Bila google internet, bukak sosial media, ada bermacam tips untuk rambut gugur tapi takdelah ai amalkan. Kerana apa? Sebabnya, keguguran rambut ni ada banyak sangat sebab. Perubahan hormon, kekurangan zat, stress ataupun genetik. So lain orang, lain penyebab dia. Sebab itu, what works for someone ...