Antara soalan yang CPPS paling tak suka selain "hari ni nak makan apa?" adalah "hari ni nak pakai apa?" terutamanya bila nak pergi kerja. Setiap pagi, iols akan bukak pintu almari, berdiri depan tu 5 minit dan fikir nak pakai apa. Dengan almari yang hampir meletup tu pun, iols masih mengalami kesukaran untuk jumpa baju yang sesuai nak pakai ke pejabat. Wowww pejabat kauuu. ofis sudehhhhh. Kadang-kadang bila nak keluar jalan-jalan pun, iols mengalami masalah yang sama. "I HAVE NOTHING TO WEAR!!" walhal baju seluar dress dah penuh satu almari. Guys will never understand this. What we mean by I HAVE NOTHING TO WEAR is actually 'I have nothing SUITABLE to wear'. So end up bila nak keluar berjalan tu, iols capai jeans koyak di lutut dengan T-shirt kedut. Selebet gila. Lepas tu bila nampak perempuan yang bergaya walaupun setakat ke kedai runcit, mulalah bertanya kepada diri sendiri "Bilalah aku rajin nak ber...