Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

Himpunan Kisah Mistik: Monster Under My Bed, Los Angeles 2013

Disclaimer: Cerita asal adalah milk Dammerung dari  Forum Cari . Seorang bapa menidurkan anaknya yang berumur 5 tahun dengan membaca buku cerita. Bila dah start lalok budak tu, si bapa pun do what every good father does, tutup lampu, cium dahi anaknya dan wish good night, sweet dreams etc. Baru je nak sampai master bedroom, si bapa dikejutkan dengan jeritan.. "Daaaddd" Si bapa pun kembali ke bilik anaknya dan lihat anak kesayangannya sedang ketakutan. Maka ditanya sama anaknya. "What's wrong baby?" "There's a monster under my bed" Demi menjaga hati anaknya, si bapa pun berjanji akan menghalau monster tersebut lalu menjengok ke bawah katil. Apa yang dilihatnya adalah anaknya sedang menyorok di bawah katil, sambil berbisik... "Dad, there is someone on my bed pretending to be me..."

Himpunan Kisah Mistik: Makhluk Berbulu Mengensot, Kuala Terengganu 1991

Disclaimer: Cerita asal adalah milik Dammerung dari Forum Cari   Hussein terbaring di tilam yang di bentang di ruang tengah rumah kayu peninggalan arwah atuknya. Keadaan di rumah sepi, ayah sudah ke pejabat dan adik-adik ke sekolah. Cuma ibunya didapur sedang menyiapkan makan tengahari.  Sepatutnya dia berada di sekolah ketika ini tapi Hussein diserang demam panas malam tadi dan diasingkan supaya tak menjangkiti adik-adiknya. Dia termenung kebosanan selepas terjaga sebentar tadi. Mahu menonton TV, mana ada siaran pukul 11 pagi ni. Di kala Hussein mengeluh kebosanan, kedengaran namanya di panggil dalam nada berbisik... "Hussein, Hussein, Hussein, Hussein" Kerana suara itu seperti milik kanak-kanak seumurnya (ketika kejadian Hussein berumur 8 tahun), dia ingat ada temannya datang melawat. Hussein pun menoleh ke arah ruang tamu tapi suara itu datangnya dari tingkap ruang tengah. Matanya terarah ke tingkap berdekatan dan dilihatnya ada seseorang sedang bergayut di penghadang kayu...