Pulau Redang: Laguna Redang Island Resort Yang Cantik Lama sangat sis peram post Pulau Redang ni cik kak oiiii. Peginya bulan September 2019, masuk 2020 pun tak hapdate lagi ni ha. Moh la kita baca cerita pengembaraan weols ke Pulau Redang, antara pulau yang tercantik di Malaysia. Percutian kali ni tak ambik masa yang lama untuk plan pun. Sis propose itinerari & tempat tinggal, member lain okay on maka terus booking dibuat. Ada banyak tempat penginapan di Pulau Redang tapi sis pilih Laguna Redang Island Resort , kebetulan pulak time tu ada year end promo untuk 3 hari 2 malam. Weols ambik 2 bilik Garden Deluxe untuk 6 dewasa, total RM618/ pax. Pakej termasuk: Tambang feri pegi balik jeti Shahbandar - Pulau Redang Makan 3 kali per day Trip snorkeling Caj tambahan untuk weekend/ public holiday. All inclusive. Bagi iols, sangat berbaloi la sebab tak payah fikir pasal feri (ada feri khas untuk guest Laguna sahaja),resort sangat selesa, makan pun best &...