Skip to main content

5 Nutrisi Penting Untuk Masalah Rambut Gugur

 5 Nutrisi Penting Untuk Masalah Rambut Gugur


Adakah rambut anda sering gugur dan risau dengan keadaan rambut yang semakin menipis? 

Rambut pulak nampak kusam dan tak bermaya.

Dah cuba pelbagai tips, produk tapi rambut tetap gugur. Bukan setakat risau, rasa macam anxious kan tengok rambut penuh lantai bilik. 

Nak botak dah ke aku ni?

I feel you

Saya pun pernah mengalami keguguran rambut yang teruk. Risau sangat sampai pergi 2 klinik. Klinik pertama iols pegi tu, klinik GP je la dimana doktor tu bagi shampoo anti-fungal jer? 

Erk.

Tapi I guna je shampoo tu sampai sekarang. Shampoo ni bagus tau kalau korang ada masalah kulit kepala asyik gatal dan kelemumur yang degil.


Boleh beli online ataupun dari farmasi yang terdekat.

Kali kedua tu, sis pegi klinik Aesthetic ni. But I'm too broke to afford their best treatments and opt for supplementation instead.

So bercakap tentang supplement untuk rambut, ada ke vitamin untuk masalah rambut gugur?

Of course!

Seperti jugak tubuh badan kita, rambut memerlukan nutrient atau zat yang mencukupi untuk tumbuh dengan sihat, bermaya dan mengurangkan keguguran rambut.

Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan keguguran rambut, contohnya genetik, hormon atau stress, tidak dinafikan pemakanan dan pengambilan nutrient yang mencukupi turut mempengaruhi keadaan rambut dan kulit kita.

Jom kita tengok 5 nutrisi penting untuk rambut yang sihat dan kuat.

1. Biotin (Vitamin B7)

Juga dikenali sebagai vitamin H (H = hair, get it?), ianya adalah sejenis vitamin yang larut dalam air. 

Larut dalam air bermaksud, vitamin itu diserap dan diproses dengan kehadiran air, tidak disimpan dalam badan dan akan dikumuh melalui air kencing setiap hari.

Kekurangan biotin dalam pemakanan dikaitkan dengan rambut gugur dan kuku yang rapuh.

Biotin terkenal sebagai salah satu rawatan alternatif untuk rambut gugur dan kesan positif paling banyak didapati dikalangan mereka yang kekurangan biotin dalam diet seharian.

Macam Mana Biotin Mengurangkan Rambut Gugur?

Biotin menggalakkan kadar pertumbuhan folikel rambut dan membantu dalam penghasilan keratin iaitu struktur rambut yang penting. 

Ini bermaksud, rambut kita boleh tumbuh dengan lebih cepat dan rambut juga semakin kuat. Dan bila rambut kita kuat, takdela cepat sangat gugur atau putus.


Boleh check out supplement Biotin online.

2. Zat Besi (Iron)


Kekurangan zat besi (iron deficiency) merupakan masalah kekurangan zat yang paling banyak berlaku dalam dunia dan dikenali sebagai penyumbang terbesar penyebab keguguran rambut, terutamanya dikalangan wanita.

Secara spesifiknya, bagaimana kekurangan zat besi menyebabkan keguguran rambut kurang diketahui. 

Antara teorinya adalah zat besi adalah nutrient penting yang diperlukan oleh sel folikel rambut untuk membesar dengan sihat dan kuat.

Disamping itu, zat besi ni membantu sel darah merah kita menghantar oksigen ke seluruh tubuh badan untuk fungsi badan yang optimum, termasuklah pertumbuhan rambut.

Oksigen cukup, maka sel-sel rambut kita pun boleh membesar dengan gembira gitu kan.

Jadi kita pun kenalah pastikan zat besi dalam pemakanan kita mencukupi. Antara makanan yang tinggi zat besi adalah:
  • Sumber Haiwan: Daging, ayam, hati ayam, telur, makanan laut seperti kerang dan ikan
  • Sumber Tumbuhan: sayuran hijau contohnya bayam, kekacang, tauhu, beetroot. 
Dari segi pengambilan supplement pulak, kurang digalakkan la kalau sesuka-suka gitu je nak ambik iron supplement.

Melainkan korang dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil supplement zat besi sebab Iron Deficiency Anemia (IDA) contohnya. 

3. Zink (Zinc)

Zink adalah sejenis mineral penting yang diperlukan oleh beratus-ratus fungsi dalam badan kita, termasuklah pertumbuhan rambut dan tissue repair tubuh badan kita. 

Kalau badan kita kekurangan zink, luka-luka pun lambat sembuh tau.



Macam Mana Zinc Membantu Mengurangkan Rambut Gugur?

Selain untuk pertumbuhan rambut dan tissue repair, zink ni jugak membantu untuk mengawalselia kelenjar minyak yang banyak terdapat di kulit kepala kita. 

Zink juga penting untuk memastikan struktur rambut yang kuat supaya anak rambut boleh tumbuh dan tidak gugur semasa dalam proses pertumbuhan tu.

Terdapat jugak hasil kajian yang melaporkan bagaimana subjek mengembalikan kekuatan, tektur dan warna rambut dengan pengambilan diet yang kaya dengan zink.  

Antara makanan sumber zink:
  • Makanan laut - tiram, kerang, lala, ketam, udang
  • Daging
  • Ayam
  • Kekacang
  • Biji labu 
Kalau korang jarang makan makanan diatas sebab alergik ke apa kan, boleh consider untuk ambik dietary supplements dari farmasi yang terdekat atau Lazada 

4. Asid Lemak Omega 3 (Omega 3 Fatty Acids)


Omega 3 adalah nutrient yang essential, bermaksud ianya tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri dan perlu diperolehi daripada pemakanan.

Ada banyak sangat kebaikan omega 3 untuk kesihatan dan merangkumi dari hujung kepala hinggalah ke hujung kaki, termasuklah rambut kita tau.

Bagaimana Omega 3 Membantu Mengurangkan Rambut Gugur?

Pertumbuhan rambut ada 4 fasa iaitu: anagen, catogen, telogen, dan exogen. Dan fasa dimana rambut kita mula tumbuh adalah anagen.

Zaman kanak-kanak untuk rambut kita, pertumbuhan pesat sedang berlaku la gitu kan. 

Dalam satu kajian dikalangan 120 wanita, mereka yang mengambil supplement mengandungi omega 3 selama 6 bulan melaporkan lebih banyak anak rambut tumbuh manakala rambut pulak kurang gugur.

Teorinya adalah, bila badan kita cukup Omega 3, fasa anagen akan jadi lebih lama. Jadi lebih panjang tempoh untuk rambut tumbuh dan membesar dengan sihat dan kuat seperti juara.


Makanan yang kaya dengan Omega 3:
  • Ikan laut dalam - salmon, tuna, kod, sardin, mackerel, ikan jenahak, ikan merah
  • Flaxseeds
  • Chia seeds
Ooopsss. Ikan keli bukan sumber omega 3 yang baik ye kawan-kawan. 

Kalau korang jarang sangat makan ikan, tak suka bau hanyir ke, alergik ke apa kan, bolehlah consider ambik supplement Omega 3 iaitu minyak ikan.


Minyak ikan jenama Pristine ni agak popular jugak kalau uols nak check it out. 

5. Protein


Ha, jangan tak tau uols, kulit dan rambut kita ni terdiri daripada protein tau. 

Protein ni ibarat seperti batu bata. Bila kita nak bina rumah, batu bata kena cukup dan kuat supaya rumah kita ni kukuh.

Macam tu lah jugak dengan rambut kita. Jadi logiklah bila pemakanan kita kaya dengan protein, rambut dan kulit pun sihat sebab nutrisinya cukup.

Diet yang kurang protein akan menyebabkan rambut berada di fasa telogen, iaitu fasa rehat. Dalam fasa telogen ni, rambut kita berhibernasi je jadi tidak ada pertumbuhan rambut berlaku.

Bukan setakat rambut tak nak tumbuh, malah struktur rambut jadi nipis dan rapuh. Senang putus dan gugur dengan mudah.


Protein deficiency ni jaranglah berlaku, cuma pengambilannya adalah kurang optimum. Kalau melihat kepada pola pemakanan orang Malaysia, makanan kita lebih tinggi lemak dan karbohidrat berbanding protein.

Makanan yang kaya dengan protein:
  • Sumber Haiwan: daging, ayam, ikan, telur, makanan laut
  • Sumber Tenusu: susu, keju, yogurt, whey protein
  • Sumber Tumbuhan: kacang soya, tempeh, tauhu dan kekacang 

Perlukah Anda Mengambil Supplements?

Nutrisi boleh diperolehi daripada pemakanan seharian kita, terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Kalau dalam pemakanan seharian korang terdiri daripada pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengamalkan kaedah suku-suku separuh, maka by right, korang tak perlukan supplements.

Namun begitu, kalau cara pemakanan seharian korang tidak mampu membekalkan nutrisi yang mencukupi, boleh lah nak consider pengambilan supplements. 

Dan kalau korang dibawah pengawasan doktor, sila bincang dengan doktor uols sebelum ambil apa-apa jenis supplement sekalipun. 

Baca:

1. Perlu Ke Kita Ambil Supplement?

2. Berbahaya Ke Supplements?

3. Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

4. Dummy's Guide To Dietary Supplements

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Gym Is My Boyfriend

So the other day my partner in crime tag me in a photo that she says reminds her of me. It described me to a T. Gym is not my new boyfriend. It always has been my boyfriend.   Unlike most guys that I met, the gym does not give empty promises, does not disappoint, never demands, always leaves you satisfied, made me feel beautiful and sexy, made me a better person physically, mentally, and emotionally.  And never try to get into my panties. I'm such a gym junkie that most of the time, I schedule my social life, even dating around my fitness classes.  I clicked with a guy on Tinder. Despite the fact that he's obviously just wanted to get into my pants, we got on really well pretty fast and he really wanted to see me. My typical response to anyone who wanted a slice of my time would be  "I'll only be free on Monday and Thursday evenings. Other days I'll be working and gyming. If you really want to see me, it's either after gym or you come to my workp...

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka Kawan-kawan Cik Panda selalu cakap  "Waaahhh untungla you. Ramai lelaki nak kat you." Arghhh itu semua ketahian.  Kalau nak kat weols tapi niat tak ikhlas buat apa kan. Kalau tertarik dengan rupa fizikal Cik Panda baik tak payah. Rupa fizikal boleh berubah, esok-esok kalau Cik Panda dah tak gojes mojes mau lagi ke orang tu dengan Cik Panda? Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia.  Gituuuuu. Cik Bear, kawan kepada Cik Meow cakap "Cik Panda tu memang lah cantik, ada body semua tapi tu lah semua lelaki nak kat dia sebab body dia. ha tu lah buat badan lagi." Cik Panda buat badan untuk kepuasan diri sendiri uols. Kepuasan yang macam ni ha "You can look but you can't touch." katanyaaa Cik Panda tak boleh la nak halang orang yang tergoda tengok tapi rimas lah iols nak menapis lalat-lalat bernafsu serakah ni.  Sebab tu Cik Panda perlukan bodyguard/gym buddy/boyfriend upahan/tunang upahan.  G...

Guide To First Dates For Dummies

Guide To First Dates For Dummies While I'm not exactly an expert in relationships, first dates, and stuff, I've had a few learning experiences and a panel of consultants.  I feel the need to share with you, especially guys, a few do's and don'ts of a first date.  Basically to give you some idea of what girls expect on a first date and to save you from embarrassment and disappointments from not securing a second date.  1. Dress To Impress DO NOT underestimate the power of dressing. You only have one chance at making a good first impression.  You don't have to wear something expensive or trendy. Just something tidy, presentable, smart, or casual. Something you are comfortable in. Jeans, a nice shirt and shoes would be fine.  No short pants, slippers, and ratty t-shirts. If you want to wear shorts, wear them with a shirt (with collar) and shoes instead. Hair should be presentable, facial hairs trimmed and tidy, no bad breath or body odour.  Use cologn...