Skip to main content

5 Barangan Korang Kena Add To Cart Kalau Tengah Stress

 5 Barangan Korang Kena Add To Cart Kalau Tengah Stress


Anda stress? 

Siapa ja tak rasa stress dengan keadaan sekarang kan?

Sebagai manusia biasa, kita memang tak boleh mengelakkan stress dalam kehidupan seharian. Tapi tidak bermaksud kita harus membiarkan stress tu bermaharajalela dan menguasai hidup kita.

Lain orang, lain cara menangani stress. 

Tapi, yang pasti, retail therapy semua orang pun suka kan? 

What is better than retail therapy is retail therapy to buy things that help when you are feeling stressed and anxious sisturs sekalian.

1. Weighted Blanket

Berbungkus dalam selimut yang lembut buat kita rasa selesa, warm and cosy kan?

Tapi tahukah anda, selimut yang berat (weighted blanket) sebenarnya memberikan lebih keselesaan, malah lebih baik untuk kesihatan berbanding selimut yang nipis atau ringan.

Weighted blanket ni biasanya diisi dengan manik plastik atau microglass sebagai pemberat. 

Macam Mana Weighted Blanket Membantu Mengurangkan Stress?

Weighted blanket menggunakan "pressure therapy” — iaitu menggunakan teknanan yang menenangkan ke seluruh bahagian tubuh, sama seperti perasaan apabila dipeluk, dibedung atau dibelai.

Apabila kita stress, jantung akan berdegup dengan lebih laju.

Tekanan daripada selimut menenangkan anda dengan mengaktifkan sistem saraf parasimpatik, yang kemudiannya memperlahankan degupan jantung. 

Bila jantung kita berdegup dengan lebih perlahan, kita pun akan rasa lebih tenang. 


💗Add to cart Weighted Blanket ni kat SHOPEE atau LAZADA

2. Good Sleep Kit Essential Oils

Rasanya ramai dah yang dah tahu essentail oil boleh membantu menenangkan dan mengurangkan stress kan?

Essential oil banyak digunakan dalam aromaterapi. 

Para pakar berpendapat yang aromaterapi ni mengaktifkan reseptor bau dalam hidung yang kemudiannya menghantar maklumat ke bahagian otak yang mengawal emosi.

Antara essential oil yang sering digunakan untuk stress adalah:
  • Lavender
  • Chamomile
  • Sweet Orange
  • Rose
  • Bergamot
Ada banyak sangat essential oil dipasaran. My personal favourite is Good Sleep Kit sebab harga yang mampu milik dan datang dalam packaging yang comel. 

Sesuai sangat untuk dijadikan hadiah pada kawan-kawan/ boss korang yang stress.

💗 Add To Cart Good Sleep Kit ni kat SHOPEE atau LAZADA

3. Squeezable Stress Ball

Kadang bila kita marah atau stress, kita sering rasa nak lepaskan kemarahan tu kan. Nak bantai oranglah, tumbuk bantal lah, tumbuk dinding ke.

Jangan. Jangan mendatangkan kecederaan pada orang, diri sendiri atau harta benda korang.

Picit stress ball sudah ye sisturs.

Stress ball bertindak sebagai tempat untuk kita melepaskan tekanan atau kemarahan.

Perbuatan seperti memicit stress ball boleh melegakan tekanan atau melepaskan geram untuk sementara waktu.

Sesuai sangat untuk keadaan bila stress di office.

Jangan pulak campak stress ball tu pada colleague atau boss uols ye. Silap hari bulan boleh kena pecat. 

No.No.No


💗 Add To Cart Stress Ball yang comel di SHOPEE ataupun Stress Relieving Steamed Pau ni pun best jugak.

4. Elementz Magnesium Oil 

Magnesium adalah mineral yang banyak manfaat kesihatan, termasuklah membantu untuk melegakan stress dan keresahan. 

Sebab tu magnesium jugak dikenali sebagai "nature's relaxation mineral"

Kesan menenangkan magnesium dikatakan mempunyai kaitan dengan kemampuannya untuk mengekalkan kadar serotonin dan dopamin dalam otak - 2 hormon yang mempengaruhi mood dan rasa tenang.

Lagi satu, bila kita stress, otot-otot kita sentiasa berada dalam keadaan tegang. Tense gitu kan.

Magnesium membantu otot-otot kita untuk relaks so kita takdelah rasa tegang sangat. 

Berbanding kebanyakkan supplement magnesium di pasaran, Elementz Magnesium Oil lain daripada yang lain sebab ianya dalam bentuk minyak yang boleh dimakan, digunakan untuk mengurut badan dan pelbagai kegunaan yang lain.

Bila stress, rasa bahu tegang sangat, sakit kepala, boleh lah cuba urut guna magnesium oil ni. 

💗 Add To Cart Elementz Magnesium Oil ni kat SHOPEE atau Agen-Agen Lain

5. Ashwagandha


Ashwangandha adalah sejenis herba yang digunakan sejak turun temurun dalam perubatan Ayurverdic. 


Ianya lazim digunakan sebagai tonik untuk menambah tenaga, membantu mengurangkan stress, keresahan dan dikenali sebagai adaptogen

Adaptogens adalah bahan yang boleh membantu badan kita untuk menangani stress dengan lebih efisien dan mengurangkan kesan negatif stress ke atas badan dengan menguatkan sistem endokrin dan saraf kita.

Pendek kata, Ashwangandha ni bukan saja membantu melegakan stress, malah menguatkan badan kita untuk melawan stress dalam kehidupan seharian.

💗 Add To Cart:

BACA:

1. Stress? 4 Vitamin & Supplements Membantu Untuk Rasa Lebih Tenang
2. 10 Produk Korang Ken Add To Cart Kat Shopee Kalau Suka Baking

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan atau testimoni. Jom kita tengok

Guide To First Dates For Dummies

Guide To First Dates For Dummies While I'm not exactly an expert in relationships, first dates, and stuff, I've had a few learning experiences and a panel of consultants.  I feel the need to share with you, especially guys, a few do's and don'ts of a first date.  Basically to give you some idea of what girls expect on a first date and to save you from embarrassment and disappointments from not securing a second date.  1. Dress To Impress DO NOT underestimate the power of dressing. You only have one chance at making a good first impression.  You don't have to wear something expensive or trendy. Just something tidy, presentable, smart, or casual. Something you are comfortable in. Jeans, a nice shirt and shoes would be fine.  No short pants, slippers, and ratty t-shirts. If you want to wear shorts, wear them with a shirt (with collar) and shoes instead. Hair should be presentable, facial hairs trimmed and tidy, no bad breath or body odour.  Use cologne or perfume,

Nasi Penyebab Kegemukkan?

Betul Ke Nasi Boleh Menyebabkan Kegemukkan? "Shima, jom lunch ni kita pergi makan nasi campur kat gerai depan tu nak?" tanya Mira kepada rakan sekerjanya, Shima.  "Eh, tak boleh! I tengah on low carbs diet ni. I tak boleh makan nasik. " ujar Shima sambil mencebik seolah nasik tu musuh ketat dia. "Lorhh ye ke. Bukan engko tak boleh hidup tanpa nasik ke? Habis tu engko makan apa je kalau tak boleh makan nasik?" soal Mira lagi. "Kalau breakfast, aku makan biskut cicah milo, lunch macam ni aku makan mihun sup ke, kueh tiaw ke. Lepas tu makan malam, aku makan roti 2 keping dengan telur ke." Mira terkesima lalu speechless. Dek disebabkan tak nak sakitkan hati kawan, Mira bermonolog Adoi Shima.   Kata low carbs, habis roti, biskut, mee tu semua bukan carbs ke? Namun Shima bukan berseorangan dalam mempunyai tanggapan sebegitu. Kalau low carbs diet je, mesti tak nak makan nasik tapi makan mee dan roti.Nasi putih selalu dilabelkan sebagai "bad carbs&q

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus? Image: Unsplash/ Nature Zen Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi.  Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? 😋 Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols? Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian.  Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus? Baca: Nasi Penyebab Kegemukkan? Apakah Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus? Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu mengurangkan

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian dan buka