Skip to main content

Produk Kurus: Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Fat Burner

Produk Kurus: Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Fat Burner

Adakah anda antara orang yang berminat untuk menggunakan fat burner atau produk kurus tetapi berasa was-was dan tidak yakin sebab takut ianya membahayakan kesihatan atau mengandungi bahan terlarang?

Baca: Perlu Ke Ambik Fat Burner Kalau Nak Kurus? 

Ataupun anda nak tau apa bahan-bahan yang terkandung dalam fat burner dan bagaimana ianya membantu untuk mengurangkan berat badan?

Kali ni kita nak cerita jenis-jenis fat burner dan bahan lazim/ active ingredient yang terdapat dalam sesuatu produk kurus.

1. Kafein

Sumber kafein ni boleh jadi daripada kopi (coffee beans), teh, guarana atau sumber lain.

Produk kurus yang mengandungi kafein adalah produk yang bersifat thermogenic. Ianya adalah satu bahan yang boleh meningkatkan metabolisme badan dan memberikan lebih tenaga. 

Ye lah, kafein kan?

Apabila metabolisme badan tinggi --> lebih banyak kalori akan dibakar.

Contohnya:

Tanpa thermogenic   : penggunaan kalori harian 2000kcal
Dengan thermogenic : penggunaan kalori harian 2200kcal

Produk yang mengandungi kafein adalah tidak sesuai untuk mereka yang tidak boleh mengambil kafein ya. 

Selain untuk mengurangkan berat badan, produk mengandungi kafein juga sering digunakan sebagai pre-workout dan diambil sebelum bersenam untuk tenaga tambahan & fokus. 

2. L-Carnitine

L-carnitine adalah sejenis asid amino yang juga boleh didapati secara semula jadi daripada makanan dan dalam badan kita

Of course l-carnitine ni ada banyak health benefit lain tapi dalam konteks penurunan berat badan, L-carnitine dikenali sebagai "fat transporter". 

Fungsinya adalah untuk menyalurkan asid lemak ke dalam mitokondria, dimana proses pembakaran lemak berlaku.

Pendek kata, l-carnitine ni macam bas lah, membawa fatty acid ke rumah penyembelihan/ pembakaran untuk dibakar sebagai tenaga.

Ha, L-carnitine ni sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap kafein.

3. Conjugated Linoleic Acid (CLA)/ HLA/ Safflower Oil

Yang ni kita panggil sebagai "fat breaker" sebab cara dia bertindak adalah dengan memecahkan lemak-lemak degil. 

Selain bertindak untuk memecahkan lemak-lemak degil, CLA juga mengurangkan kecenderungan badan kita untuk menghasilkan dan menyimpan lemak.

Menurut Jean-Michel Gaullier, PhD, ketua penyelidik di Scandinavian Clinical Research Group, kajian yang dilakukan terhadap sekumpulan wanita yang overweight melaporkan para wanita ini berjaya mengurangkan 9% lemak badan dalam masa setahun.

Not bad. Memandangkan para wanita ini tidak melakukan apa-apa perubahan dalam pemakanan dan gaya hidup. 

Apa Itu CLA?

CLA adalah asid lemak yang boleh ditemui secara semula jadi dalam makanan kita, contohnya daging dan produk sumber tenusu. 

Ianya juga adalah supplement popular untuk mereka yang nak menurunkan atau maintain berat badan dan mengekalkan jisim otot.  

4. Garcinia Cambogia

Garcinia adalah sejenis buah, sama keluarga dengan asam keping dan active ingredient dalam garcinia ni dikenali sebagai hydroxycitric acid, ataupun HCA yang terkandung dalam kulit buah Garcinia. 

Garcinia Cambogia ni dah lama wujud cuma ianya dipopularkan oleh Dr. Oz.

Macam Mana Garcinia Membantu Untuk Kurus?

HCA boleh membantu untuk mengawal selera makan dan menghalang penyimpanan lemak dalam badan. 

Ianya bertindak dengan menghalang/ block fungsi sejenis enzim yang dikenali sebagai citrate lyase, yang mana badan kita gunakan untuk buat lemak. 

HCA ni jugak boleh meningkatkan kadar serotonin dalam otak, yang membuatkan kita rasa kurang lapar.

Namun begitu, kajian-kajian yang dijalankan ke atas HCA & weight loss ni result dia bercanggah. Ada kajian melaporkan positive result, ada kajian pulak tidak menampakkan ada hasil dalam penurunan berat badan.

Tapi tidaklah bermaksud korang tak payah consider nak guna Garcinia ni. Tak salah nak cuba kan sebab ianya boleh membantu mengurangkan berat badan (walaupun sedikit atau not significant) dengan cara yang selamat. 

Pengambilan Garcinia ni adalah untuk kickstart weight loss journey kalian, untuk boost usaha diet dan bersenam korang. 

5. White Kidney Bean Extract (Phaseolus vulgaris)

White kidney bean jugak dikenali sebagai kacang cannellini. 

Ekstrak kacang putih ni mengandungi 2 bahan aktif iaitu alpha-amylase blocker dan phytohemagglutinin, dan sering digunakan sebagai bahan semulajadi yang bersisfat non-stimulant dalam produk kurus.

Sama seperti HCA dalam Garcinia Cambogia, White Kidney Bean juga bertindak sebagai carbohydrate blocker dan membantu mengawal selera makan. 


Ekstrak dalam white kidney bean bertindak dengan menghalang fungsi amylase, sejenis enzim yang mencerna dan menguraikan kanji dalam makanan kepada gula ringkas (glucose). 

Apabila kanji yang kita makan tidak dicerna kepada glucose, badan kita tidak akan dapat menyerap nutrien tersebut. Jadi kanji yang kita makan tadi tu, akan keluar daripada badan sebagai bahan buangan.  

Phytohemagglutin pula adalah sejenis lectin yang membantu untuk mengawal selera dengan mengurangkan hormon yang menaikkan selera kita. 

White kidney bean extract ni sesuai kalau korang sensitif terhadap kafein dan jenis orang yang suka makan nasik atau carbo. 


Akhir Kata...

Kalau korang consider nak guna fat burner sebagai booster dalam usaha kurus, tak salah pun. Tapi gunakan sebagai booster disamping menjaga makan dan bersenam sebab fat burner ni bukan pil magik.


Yang penting, korang kena elakkan produk kurus yang mengandungi bahan terlarang, antaranya:

1. Sibutramine

Sibutramine adalah sejenis bahan yang menghilangkan rasa lapar. Sebelum ni, produk yang mengandungi Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes.

Walaubagaimanapun sejak tahun 2010 penggunaan Sibutramine telah diharamkan di beberapa negara termasuk di Malaysia kerana terdapat peningkatan risiko serangan jantung dan strok.

2. Amphetamine - Juga dikenali sebagai syabu atau ice

Amphetamine merupakan dadah dalam kumpulan perangsang dan terdapat pelbagai sebab untuk penyalahgunaan amphetamine.

Antara kesan pengambilan jangka masa panjang Amphetamine dan terbitannya adalah ia boleh menurunkan berat badan dengan cepat melalui kurang selera makan.

3. Phentermine

Seperti Sibutramine, Phentermine juga mengawal selera makan dan menghilangkan rasa lapar. 

4. Orlistat

Orlistat ni sejens fat blocker dan ia bertindak dengan menghalang fungsi lipase, enzim yang mencerna lemak. Lemak yang tidak dicerna ini kemudian akan dibuang daripada badan melalui proses penyahtinjaan.

Topik Lain Fat Burner Dan Supplements:

1. Berbahaya Ke Supplements?

2. Perlu Ke Kita Ambil Supplements?
3. Fat Burner Dan Diet Puaka
4. Betul Ke Minum Protein Boleh Sado?
5. Pre-Workout Guide For Dummy: 5 Common Ingredients In Pre-Workouts
6. Dummy's Guide To Dietary Supplements

7. 5 Produk Kurus Di Watson's: Jom Kita Review Bahan-Bahan Yang Terkandung Dalam Produk


Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba Image: Unsplash/ Bach Tran Kulit kepala yang berminyak, gatal dan berkelemumur merupakan masalah lazim yang menghantui lelaki mahupun perempuan. Lagi-lagi dengan cuaca sentiasa panas dan lembap memang membuatkan rambut cepat berminyak dan berbau kurang menyenangkan. Cukup pakej merimaskan apabila kulit kepala juga asyik gatal dan berkelemumur.  Nampak "bersalji" pulak bila pakai pakaian berwarna hitam kan? Masalah kulit kepala berminyak, gatal dan berkelemumur ni bukan setakat merimaskan dan tidak selesa, malah menyebabkan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Kenapa Kulit Kepala Berminyak? Minyak ( sebum ) pada kulit kepala adalah sebahagian daripada sistem pertahanan untuk rambut dan kulit kepala kita yang sensitif. Setiap hari, apabila kita terdedah kepada elemen persekitaran, sebum akan bercampur dengan kekotoran, debu dan peluh yang kemudiannya menyelaputi kulit kepala dan akar rambut...

Garam Bukit Himalaya: Lagi Elok Daripada Garam Biasa?

Garam Bukit Himalaya: Lagi Elok Daripada Garam Biasa? "Kiah, kalau kau nak beli garam kan, elok beli garam Himalaya yang warna pink. Sebab aku ada baca kat Facebook hari tu, garam ni lagi elok banding dengan garam putih tu" Si Kiah ni tadi pun kebingungan. Betul ke garam pink Himalaya tu lagi elok. Harga dia pulak bukanlah murah banding garam biasa. Dunia Sains Pemakanan/ Nutrition ni kalau untuk yang tidak berapa arif, memang sedikit membingungkan.  So much conflicting information, so many diet trends to keep up with. Itu tak masuk lagi cerita pasal makanan sihat.  Apa I perlu makan kalau I nak kurus? Kenapa semua makanan "sihat" imported dan mahal-mahal belaka? Perlu ke nak makan olive oil, chia seed, oats, almond milk, yogurt kalau nak kurus? Kalau kalian baca artikel ni, mesti kalian rasa makanan secara sihat tu susah dan mahal kan? Kawan-kawan sis ramai yang tanya soalan berkaitan pemakanan. Contohnya, betul ke kalau I makan ni, I boleh kurus? Ataup...

Apa Yang RM350 Per Shot?

This picture has nothing to do with this post. I just like it. bwahaha CPPS ni ada seorang kawan yang dikenali melalui Tinder  sejak 1-2 tahun lepas , kita namakan dia Mr. Horny Goat Weed (HGW) .Weols cuma chatting on and off sebab dia banyak bekerja off shore dan tidak pernah berjumpa pun. Tapi HGW adalah seorang kawan yang baik kerana selalu ada apabila CPPS memerlukan seseorang to talk to or a shoulder to cry on gitu. Bukanlah tidak pernah plan untuk berjumpa tetapi setiap kali tu ada aral melintang, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Yang tak boleh blah tu, HGW siap pesan dengan CPPS. "We can meet, you know, go out and have coffee but with ONE CONDITION." Uishhh ada condition you. Takut kiteeee. "Jangan cerita pasal I dalam blog you." KAH! Okay tapi tak jadi jumpa punnnn. That was a year ago. Nak dijadikan cerita, baru-baru ni HGW berada di darat dan CPPS pulak tengah emosi masalah dunia. So HGW dengan baik hati offer bawak iols kelu...

Sikit Lagi Mau Jadi Hulk

I always consider myself to be a mild-mannered person. Sometimes people, especially those who doesn't really know me that well said they never saw me get angry. They described me as someone cool and calm. Most of the time, i don't get angry that easy but i'm human okay, i do get angry. When i'm annoyed, angry or plain moody, only those close to me knew, especially my dear friend, Anne  I don't have to say a word, she only need to look at my face. I used to think that i have a high patience-threshold but lately, i think something shifted and lowers the threshold. Last week i find myself super irritable, angry and snapped at those who annoys me. I don't know why of all the days, those friends all choose the same day to test my patience. I'm sorry i raised my voice at you guys :p Maybe i should do yoga or something to calm myself down . Or attend anger management courses. Or something like that... Ya, i look like that when i'm angry. All o...