Skip to main content

Bolehkah Lemak Bertukar Menjadi Otot?

 Bolehkah Lemak Bertukar Menjadi Otot?

Emily Sea/Unsplash
Kadang-kadang kita akan jumpa personal trainer yang bagi nasihat

"You kena buat squat/ sit up. You kena buat weight training untuk tukar lemak-lemak dalam badan jadi otot."

Ataupun penjual supplement yang bagi claim yang bombastic

"Fat burner ni boleh tukar lemak jadi otot tau!" 

"Kita kena ambik whey protein sebab whey protein boleh tukar lemak jadi otot"

Tapi sebenarnya, bolehkah lemak bertukar menjadi otot melalui senaman atau pengambilan fat burner?

Jawapannya TIDAK BOLEH ya wahai kawan-kawan.

Ianya mustahil dan tidak akan berlaku kerana lemak dan otot adalah dua benda yang berbeza dan tidak boleh bertukar ganti.

Dia ibarat macam ni, boleh kah kita tukar buah oren jadi epal?

Haa, tak boleh kan sebab dua-dua tu buah yang berlainan.

Kita hanya boleh bina otot dan bakar lemak. Dua proses yang berasingan tetapi boleh berlaku secara serentak.

Apa Beza Lemak Dengan Otot?

Kedua-dua lemak dan otot adalah tisu badan. Bezanya, lemak atau adipose tissue terdiri daripada asid lemak (fatty acids) dan otot pula terdiri daripada protein (muscle protein).

Tisu lemak merupakan simpanan tenaga berlebihan. Apa-apa kalori yang kita makan, tak kiralah daripada sumber karbohidrat, protein atau lemak, yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam badan kita.

Ianya bertindak seperti warehouse untuk kalori berlebihan ni dan menyimpan tenaga sehingga badan kita perlu menggunakannya.

Manakala, otot adalah tisu aktif yang berupaya membakar kalori 24/7 - walaupun ketika kita tidur tau. Dan semakin banyak kita bergerak, semakin banyak kalori yang kita bakar. 

Macam Mana Nak Bakar Atau Kurangkan Lemak?

Kalau nak kurangkan lemak, calorie deficit is king.

Calorie deficit adalah keadaan dimana pengambilan kalori harian kita kurang daripada kalori yang digunakan oleh badan (calorie output)

Prinsipnya macam ni: Jika badan kita memerlukan lebih banyak kalori untuk tenaga tapi pengambilan kalori daripada makanan tidak mencukupi, maka badan kita akan menggunakan tenaga simpanan untuk memastikan bekalan tenaga yang berterusan.

So, dari mana nak dapat tenaga simpanan ni?

Ha, itulah fungsi glikogen dan lemak kita, iaitu sebagai tenaga simpanan yang badan kita boleh guna bila perlu.

Tips Untuk Capai Calorie Deficit:

  • Kurangkan kalori daripada pemakanan anda (tetapi tidak lebih daripada 500 kalori sehari)
  • Tingkatkan senaman atau aktiviti fizikal (> calorie output)
  • Focus kepada weight training yang membina otot

Macam Mana Nak Bina Otot?


Ada dua faktor penting untuk membina otot, iaitu jenis senaman dan pemakanan.

Untuk membina otot, ianya perlu "dicederakan" dengan sengaja melalui senaman. 

Apabila kita bersenam, terutamanya dengan intensiti yang lebih daripada kebiasaan, serat-serat otot kita akan terkoyak. Badan kita kemudiannya akan memperbaiki kecederaaan ni.

Dengan cara inilah otot kita terbina dan menjadi lebih kuat.


Tapi disebabkan otot kita berupaya untuk menyesuaikan diri dengan intensiti sesuatu senaman tu, kita harus sentiasa meningkatkan atau mengubah intensiti untuk pertumbuhan otot yang berterusan.

Contohnya minggu ni, kalian boleh deadlift 10kg. Maka minggu depannya pulak, kena naikkan ke 15kg.

Selain senaman, pemakanan terutamanya protein yang mencukupi juga penting ya.

Ini kerana protein adalah bahan asas binaan untuk otot. Kalau tak cukup protein, macam mana badan kita nak repair, recover & build muscle?

Makanan Sumber Protein:
  • Ayam
  • Daging
  • Ikan
  • Telur
  • Produk tenusu - whey protein, susu, yogurt, keju
  • Tempeh
  • Tauhu
  • Kekacang & Bijian

Otot kita takkan terbina kalau sekadar ambil protein saja. Kena ada stimulation (weight lifting, strength training) + pemakanan yang mencukupi untuk kita membina otot.

Kesimpulannya, lemak tidak boleh ditukar kepada otot

Cara terbaik untuk mengurangkan lemak dan menambah otot adalah dengan menggabungkan diet yang sihat dengan senaman yang memberi tekanan pada otot anda, dan berada dalam keadaan calorie deficit.

Dua proses yang berbeza tapi boleh berlaku secara serentak.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba

Kulit Kepala Berminyak Dan Gatal: Tips Penjagaan Rambut Mudah Yang Anda Kena Cuba Image: Unsplash/ Bach Tran Kulit kepala yang berminyak, gatal dan berkelemumur merupakan masalah lazim yang menghantui lelaki mahupun perempuan. Lagi-lagi dengan cuaca sentiasa panas dan lembap memang membuatkan rambut cepat berminyak dan berbau kurang menyenangkan. Cukup pakej merimaskan apabila kulit kepala juga asyik gatal dan berkelemumur.  Nampak "bersalji" pulak bila pakai pakaian berwarna hitam kan? Masalah kulit kepala berminyak, gatal dan berkelemumur ni bukan setakat merimaskan dan tidak selesa, malah menyebabkan rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri. Kenapa Kulit Kepala Berminyak? Minyak ( sebum ) pada kulit kepala adalah sebahagian daripada sistem pertahanan untuk rambut dan kulit kepala kita yang sensitif. Setiap hari, apabila kita terdedah kepada elemen persekitaran, sebum akan bercampur dengan kekotoran, debu dan peluh yang kemudiannya menyelaputi kulit kepala dan akar rambut...

Garam Bukit Himalaya: Lagi Elok Daripada Garam Biasa?

Garam Bukit Himalaya: Lagi Elok Daripada Garam Biasa? "Kiah, kalau kau nak beli garam kan, elok beli garam Himalaya yang warna pink. Sebab aku ada baca kat Facebook hari tu, garam ni lagi elok banding dengan garam putih tu" Si Kiah ni tadi pun kebingungan. Betul ke garam pink Himalaya tu lagi elok. Harga dia pulak bukanlah murah banding garam biasa. Dunia Sains Pemakanan/ Nutrition ni kalau untuk yang tidak berapa arif, memang sedikit membingungkan.  So much conflicting information, so many diet trends to keep up with. Itu tak masuk lagi cerita pasal makanan sihat.  Apa I perlu makan kalau I nak kurus? Kenapa semua makanan "sihat" imported dan mahal-mahal belaka? Perlu ke nak makan olive oil, chia seed, oats, almond milk, yogurt kalau nak kurus? Kalau kalian baca artikel ni, mesti kalian rasa makanan secara sihat tu susah dan mahal kan? Kawan-kawan sis ramai yang tanya soalan berkaitan pemakanan. Contohnya, betul ke kalau I makan ni, I boleh kurus? Ataup...

Serbuk Protein: Kenali Jenis dan Perbezaanya

Apakah Itu Suplemen Protein? Suplemen atau serbuk protein adalah makanan tambahan untuk memenuhi keperluan protein seharian seseorang.  Ingat ya, ianya adalah makanan tambahan dan bukannya gantian kepada makanan sebenar. Serbuk protein boleh didapati daripada: Sumber haiwan seperti tenusu ( whey, casein protein ) dan telur ( egg protein ) Sumber tumbuhan seperti beras ( rice protein ), kacang soya ( soy protein ) atau kacang pis ( pea protein ). Mari Kita Kenali Lebih Lanjut Jenis-Jenis Suplemen Protein Yang Popular 1. Whey Protein Dihasilkan daripada susu dan merupakan suplemen protein yang paling biasa digunakan.  Mempunyai beberapa kelebihan:  protein lengkap dan mengandungi semua sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk sintesis protein dan pembaikan otot. M udah larut dalam air. Ada 3 jenis: Whey Protein Concentrate (WPC) - M engandungi 70-80% protein, sedikit laktosa (gula yang terdapat dalam susu) dan lemak. Kebanyakan orang lebih suka rasa WPC berb...

Jom Ke Krabi - Krabi Night Market Atau Pasar Malam Krabi Yang Popular!

Read about our FABULOUS Bluesotel Krabi HERE and our EXCITING island hopping adventure HERE . Okay hari ketiga adalah hari CHILLEX bebeh! Pagi tu weols bermalas-malasan dan breakfast dalam bilik hotel. Makan roti cicah nescafe, maklumlah 7E sebelah je and breakfast hotel pulak mahal. Dalam pukul 11 macam, weols pun keluar menjelajah, menyusuri kawasan Ao Nang dan Noppharat Thara beach, jalan-jalan cari makan dan cuci mata Ihhh tak. Mun dik Bau mun eh neh. Ba ninga dorod dik belakang noh ~ Google translate plis Pantai Ao Nang dari hotel kitorang takdelah jauh sangat, dalam 5 minit perjalanan je. Tapi nak ke Noppharat Thara beach tu boleh tahan jauh, dalam 10-15 minit berjalan dalam terik matahari. Boleh tahan basah jugak ketiak. Gadis x: Saya cuma akan kawan dengan lelaki yang ada Honda. Huh! orang yang takde Honda tak layak untuk i! Lelaki x: Saya ada Honda! Gadis x: Jom kawin. Kalau uols malas nak jalan, boleh je sewa scooter/motosikal. 200 Baht untuk sehari. ...