Skip to main content

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

Seringkali saya diajukan soalan 

"Okay tak fat burner ni?"

"Apa fat burner terbaik kalau nak kurus?"

"Perlu ke ambik fat burner kalau nak kurus?"

"Ish tak bahaya ke?"

Sebelum ni iols pernah sentuh sedikit cerita pasal fat burner KAT SINI.

Apa Itu Fat Burner?

Fat burner ni adalah supplement yang sering digunakan untuk membakar lemak. Kebanyakkan fat burner yang terdapat di pasaran adalah bersifat termogenik.

Apa Itu Termogenik?

Ianya adalah proses peningkatan metabolisme badan. Apabila metabolisme badan tinggi --> lebih banyak kalori akan dibakar.

Contohnya:

Tanpa fat burner   : penggunaan kalori harian 2000kcal
Dengan fat burner : penggunaan kalori harian 2200kcal

Jadi, fat burner ni sebenarnya bukanlah membakar lemak secara langsung. Bukan makan je terus lemak uols tu cair gitu tau. 

Antara bahan-bahan termogenik yang biasanya digunakan dalam fat burner adalah seperti kafein, guarana, mahuang.

Selamat ke fat burner?

Selamat kalau dibeli daripada pengeluar yang bertauliah, yang dijamin kualitinya. 

Baca kandungan/labelling dan tentukan sendiri samada uols sesuai ke tak dengan bahan-bahan dalam tu.

Kalau korang jenis yang tak boleh minum kopi, tak boleh minum minuman berkafein, seeloknya tak payah ambik thermogenic ataupun pilih supplement penurunan berat badan yang tidak mengandungi kafein. 

Jangan beli berlandaskan populariti dan testimoni melampau.

Ingat ye, kalau ambik masa 10 tahun untuk gemuk, mustahil akan kurus dalam 10 hari.

Ada Kesan Sampingan Tak Fat Burner?

  • Jantung berdegup kencang
  • Resah gelisah
  • Insomnia
  • Cepat marah
Keadaan diatas merupakan sesuatu yang MUNGKIN akan anda alami apabila mengambil bahan termogenik.

Kesan sampingan fat burner sebenarnya adalah tanda bahawa produk tersebut berkesan. 

Kenapa pulak? 

Sebab untuk membakar kalori berlebihan tu memang denyutan jantung itu akan naik.

Bagi iols itu bukan kesan sampingan langsung. Sebab itulah apabila mengambil fat burner, disarankan untuk bersenam TO BURN OFF ALL THAT EXCESS ENERGY.

Tapi...

Korang jangan pulak beli fat burner yang mengandungi bahan-bahan terlarang! itu sah-sah la ada kesan sampingan.

Baca jugak: Banned Weight-Loss Drugs

Perlu Ke Fat Burner Kalau Nak Kurus?

JANGAN GUNAKAN: kalau korang tak reti jaga makan, tak nak bersenam dan mengharapkan supplement untuk kurus semata-mata, mengalami darah tinggi atau masalah jantung.

BOLEH GUNAKAN: kalau korang pandai mengawal pemakanan, aktif bersenam dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang serious.

Dalam kita nak turunkan berat badan, 80% adalah daripada pemakanan atau diet dan 20% lagi adalah faktor lain-lain seperti bersenam, stress , fat burner etc.

Kalau korang berjaya mengawal diet, korang dah capai 80% kejayaan. 



Ada Ke Fat Burner Untuk Perempuan Sahaja?

Ada tapi sebenarnya itu cumalah marketing strategy.

Kalau korang baca label produk, kebanyakkan fat burner tidak kira untuk lelaki atau perempuan, hampir sama sahaja bahan-bahannya.

Tetapi harga jauh berbeza!

Semuanya sebab tujuan marketing. Sebab itu penting untuk korang baca label dan fahami produk sebelum membeli. 

Tapi kita pun kena la bijak sikit. Janganlah beli yang bertestosterone, atau bersteroid atau testo-booster. Semak jugak untuk bahan-bahan yang terlarang. 

Apa Fat Burner Yang Terbaik?

Tidak ada yang terbaik untuk semua orang. 

Not even that Garcinia Cambogia yang Dr.Oz berabis promote 'the miracle weight-loss product".

Kenapa?

Sebab badan kita ni semua lain-lain jadi tindak balas terhadap nutrient/ produk pun berbeza. Bukan itu sahaja, pemakanan dan gaya hidup kita juga berbeza.

Apa yang berkesan untuk si polan, tidak semestinya berkesan untuk si anu.

Seperti juga jenis-jenis diet, korang perlu try & error. Cari yang bersesuaian dan berkesan untuk badan uols. 

Bagi sis, takde masalah pun kalau nak gunakan fat burner tapi pastikan cara guna tu betul ye.

Iols ambik fat burner seperti hydroxycut atau cardiocuts HANYA sebelum bersenam sebagai pre-workout. Barulah iols boleh all out berzumba gituhh.

Kalau kita telan fat burner sebijik lepas tu makan tak ingat dunia, satu-satunya benda yang akan kurus adalah dompet kita sis. 

Uols boleh baca article Kevin Zahri pasal fat burner KAT SINI atau daripada bodybuilding.com DISINI.


Pilihan di tangan kita, jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk diri kita sendiri. 

Baca Jugak:

1. Produk Kurus: Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Fat Burner
2. Fat Burner Dan Diet Puaka
3. Weight Loss Hype: Raspberry Ketone And Garcinia Cambogia

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus?

 Perlukah Meal Replacement Untuk Kurus? Image: Unsplash/ Nature Zen Sedar tak sedar, kita dah masuk bulan Ogos, 2022 tinggal 4 bulan saja lagi.  Sesiapa yang berazam untuk kurus tahun 2022, sudah tercapaikah azam tu? šŸ˜‹ Bila kita nak mengurangkan berat badan, 80% adalah pemakanan dan 20% senaman tapi percayalah, 80% pemakanan tu yang paling susah nak buat. Betul tak uols? Diet asyik ke laut dalam saja dan sukar untuk mengawal pengambilan kalori seharian.  Ramai yang cuba kurus dengan mengambil meal replacement tapi perlukah meal replacement untuk kurus? Baca: Nasi Penyebab Kegemukkan? Apakah Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandungi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Macam Mana Minum Meal Replacement Boleh Kurus? Konsep meal replacement ni adalah untuk menggantikan makanan biasa anda dengan minuman rendah kalori yang kemudiannya membantu...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

Himpunan Kisah Mistik: Gadis Bergayut Di Balkoni, Hong Kong 1997

Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembekal mesin percetakan di KL pergi bercuti di Hong Kong dan menginap di sebuah hotel 4 bintang sekitar Wan Chai.  Kerana tidak membuat sebarang homework sebelumnya, eksekutif ni mati akal tak tahu nak buat apa time malam. Nak beronggeng pulak, member ni bukan spesis macam tu, lagi pun bukan bawak duit banyak sangat.  Jalan-jalan ke Hong Kong ini pun di sebabkan dapat anugerah pekerja cemerlang dan majikan hadiahkan pakej free & easy (flight ticket dan hotel di sponsor) untuk seorang.  Pada malam kejadian, dia melepak di balkoni sambil hisap rokok dan menikmati udara malam kota Hong Kong.  Tengah syok layan blues, dia perasan ada seseorang sedang melambai dari tingkap di salah satu high-rise complex yang berselerakan di hadapannya.  Mula-mula eksekutif ni buat tak tahu saje, tapi bi...