Skip to main content

Himpunan Kisah Mistik: Gadis Bergayut Di Balkoni, Hong Kong 1997


Disclaimer: Semua cerita Himpunan Kisah Mistik adalah milik Dammerung & sumber asal cerita-cerita ini adalah daripada Forum Cari

Seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembekal mesin percetakan di KL pergi bercuti di Hong Kong dan menginap di sebuah hotel 4 bintang sekitar Wan Chai. 

Kerana tidak membuat sebarang homework sebelumnya, eksekutif ni mati akal tak tahu nak buat apa time malam. Nak beronggeng pulak, member ni bukan spesis macam tu, lagi pun bukan bawak duit banyak sangat. 

Jalan-jalan ke Hong Kong ini pun di sebabkan dapat anugerah pekerja cemerlang dan majikan hadiahkan pakej free & easy (flight ticket dan hotel di sponsor) untuk seorang. 

Pada malam kejadian, dia melepak di balkoni sambil hisap rokok dan menikmati udara malam kota Hong Kong. 

Tengah syok layan blues, dia perasan ada seseorang sedang melambai dari tingkap di salah satu high-rise complex yang berselerakan di hadapannya. 

Mula-mula eksekutif ni buat tak tahu saje, tapi bila dah lama pula lambaiannya, mamat ni buat lah isyarat "are you waving at me?" dan beriya-iya orang itu cakap yes yes. Dari jauh tak dapat cam muka tapi tengok dari stail rambut, rasanya macam awek.

Mungkin kerana kebosanan atau kenaifan, mamat eksekutif ni pun tangkap syok pula. Selepas bermain lambai-lambai lebih kurang, si "awek" buat isyarat tangan mahu telefon? dan berputar-putar la tangan buat isyarat supaya awek tu kasi no phone ke dia. 

Dipendekkan cerita, dapat lah nombor teleponnya dan minta operator hotel buat outcall with charges. Berdebar-debar la eksekutif ni menunggu di hujung gagang dan menelan air liur apabila terdengar bunyi panggilan di angkat. 

Disebabkan nervous sangat tak tahu nak mula camane, dia tunggu awek tu cakap dulu. Tapi masalahnya "awek" tu pun tak cakap apa-apa. Apa yang dapat di dengar hanyalah bunyi televisyen di background dan hembusan nafas kuat di corong telepon.

Mamat eksekutif ni mula cakap hello tapi takda reply dan kemudiannya cakap hello in both mandarin & cantonese. 

Masih tiada balasan. 

Diberanikan diri lagi, dan di perkenalkan dirinya dalam dwi bahasa (mandarin dan kantonis). Beberapa saat selepas itu, ada bunyi jeritan nyaring dan di akhiri dengan ketawa yang terkekek-kekek...

Pelik la mamat eksekutif ni kan, dia tanya la who are you bagai dan tiba-tiba awek tu cakap dalam mandarin...

"I kill you...I will kill you!"

Dah dengar macam tu, mamat ni pun hang up la phone, apa lagi tindakan logik yang boleh di buat ye tak? anggap aja ada orang sakit mental nak main-mainkan dia malam-malam buta ni. 

Beberapa detik kemudian, telefon bilik berbunyi dan bila di angkat, concierge cakap ada call untuk enchek. Sebaik sahaja panggilan luar itu masuk...

"I know where you stay...I will come to your room tonight and kill you...kill you! kill you!"

(dialog tu dalam mandarin menurut sang pencerita tapi aku tukar jadi english sebab dah cuba pakai ayat melayu tak mencongkam la bunyinya)

Naik angin la si eksekutif ni dan terus di marah-marah sama itu amoi tapi boleh pula amoi psiko ni terkekek-kekek gelak dan ulang-ulang cakap 

"I know where you stay~...I will come to your room tonight and kill you~...kill you~ kill you~" tapi in rhythm, macam menyanyi.

Lepas hang up, eksekutif ni call concierge untuk mereport tindakan amoi psiko tersebut, tapi apa sajalah concierge tu boleh buat selain dari block outside call ke biliknya.

Dia kembali ke natural state seperti sebelum kejadian amoi psiko tadi. Layan TV seround, kemudian rasa curious pula nak tengok kat luar. Agaknya dah takde kot amoi psiko tadi, dan sebagai perokok tegar, sistem badannya memerlukan nikotin.

Dia pun bersantai di balkoni dan eksyen macam tiada apa berlaku. Sedang dia mengetip-ngetip lighter di hujung rokok, anak matanya tertangkap kelibat amoi tadi. 

Yang tak bestnya, dia yakin yang amoi itu sudah berada di balkoni unit kediaman lain, tingkat lain dan bangunan lain. Dia pasti orang itu ialah awek psiko tadi kerana warna baju dan style rambut yang sama. Lagi-lagi amoi itu sedang melambai-lambai tangan ke arahnya.

Tak mungkin dia salah kerana amoi tadi di salah satu bangunan sebelah kiri dan sekarang ni di tengah-tengah pulak. Dia masih muda dan ingatannya masih kuat so takkanlah boleh tak ingat kot.

Eksekutif ni beranikan diri berdiri di balkoni dan melihat sahaja gelagat amoi gila tersebut. Lama-lama kelakar pula dan dia ketawa sendirian. Ketawanya terhenti bila amoi tu mula panjat grill dan bergantung dari ketinggian 20+ tingkat. 

Sepelik dia tengok amoi tu panjat balkoni, sepelik itu juga lah dia rasa bila amoi tu tiba-tiba terjun ke bawah. Everything happened in a split second dan eksekutif tu tak tau nak react macam mana.

Dekat 5 minit terpacak kat situ baru dia boleh angkat kaki. Dia masuk balik ke dalam, packing baju dan minta concierge tukar bilik, mana-mana bilik lah as long tak menghadap bangunan-bangunan tadi. Lepas bayar surcharge tukar bilik, eksekutif itu menghabiskan sisa-sisa percutiannya di Hong Kong dalam bilik hotel dan hanya keluar waktu nak balik Malaysia.

Menurut sang pencerita, eksekutif itu tidak lagi menjejakkan kaki ke Hong Kong selepas kejadian tersebut.

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

Otot Lagi Berat Daripada Lemak?

Otot Lagi Berat Daripada Lemak? Pernah tak korang hadapi situasi macam ni. Bersenam dah all out, membanting tulang dan tenaga di gym. Dalam semangat nak lose weight tu, timbang diri setiap jam, setiap hari! Disebabkan dah berabis workout dan mengamalkan diet rumput rumpai, korang pun expect berat turun kan? Tiba-tiba bila naik atas penimbang tu, berat tak turun pun. Maintain je. Kadang-kadang lagi teruk. BERAT NAIK PULAK!! Bila terjadi perkara macam ni, korang pun berjalan perlahan-lahan ke sudut bilik, dan mengerekot di dalam bilik yang gelap sambil mengenang nasib. Sangat mematahkan semangat, berkecamuk jiwa dan raga. I know. I've been there. CPPS pun pernah mengalami perkara yang sama Workout dah betul, diet pula calorie deficit. You have done everything right but your weight INCREASED! Rasa nak putus asa dan minum racun rumpai. Kemudian ahli keluarga, PT atau kakak cleaner gym dengan penuh rasa kasihan cuba memujuk. "Hey! don't worry. You are gainin...

Mat Salleh Boyfriend Is Better?

  I have known a lot of ladies who wanted a mat salleh/white/foreigner boyfriend. My partner-in-crime repeatedly chant this "scruffy look, biceps and tattoos are must." ahem.  Sometimes it's like you strike a lottery if you managed to get a white boyfriend. It's like a trophy.  Are local men not good enough? Where are all the good local man anyway? Why these girls wanted a foreign man?  They said mat salleh are more romantic, respectful of woman and treat them as an equal. They are also more thoughtful and are generous with their public display of affection.  My aunt married a British. On their 30th wedding anniversary, her husband got up early and bought her a bouquet of flower and a card. Such a simple gesture but not many man can do that. Even after 30 years of marriage, they still hold hands when they walked.  I'm not saying local man are not good enough. There are still good ones around. I think it all depends on how they were brought u...

Jom Ke Krabi - Krabi Night Market Atau Pasar Malam Krabi Yang Popular!

Read about our FABULOUS Bluesotel Krabi HERE and our EXCITING island hopping adventure HERE . Okay hari ketiga adalah hari CHILLEX bebeh! Pagi tu weols bermalas-malasan dan breakfast dalam bilik hotel. Makan roti cicah nescafe, maklumlah 7E sebelah je and breakfast hotel pulak mahal. Dalam pukul 11 macam, weols pun keluar menjelajah, menyusuri kawasan Ao Nang dan Noppharat Thara beach, jalan-jalan cari makan dan cuci mata Ihhh tak. Mun dik Bau mun eh neh. Ba ninga dorod dik belakang noh ~ Google translate plis Pantai Ao Nang dari hotel kitorang takdelah jauh sangat, dalam 5 minit perjalanan je. Tapi nak ke Noppharat Thara beach tu boleh tahan jauh, dalam 10-15 minit berjalan dalam terik matahari. Boleh tahan basah jugak ketiak. Gadis x: Saya cuma akan kawan dengan lelaki yang ada Honda. Huh! orang yang takde Honda tak layak untuk i! Lelaki x: Saya ada Honda! Gadis x: Jom kawin. Kalau uols malas nak jalan, boleh je sewa scooter/motosikal. 200 Baht untuk sehari. ...