Skip to main content

5 Tips Mudah Beli Supplement Minyak Ikan

5 Tips Mudah Beli Supplement Minyak Ikan 

Omega 3 yang terkandung dalam minyak ikan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kita. 

Omega 3 adalah sejenis asid lemak perlu dan harus diperolehi daripada pemakanan seharian. 

Namun begitu, jika dalam pemakanan seharian kita tidak mengandungi sumber omega 3 yang mencukupi, pengambilan supplement minyak ikan adalah satu strategi yang bukan saja memudahkan, malah selamat untuk memastikan pengambilan harian omega 3 yang optimum.

Tapi sebelum korang serbu farmasi ke kedai supplement untuk beli minyak ikan, baca dulu 5 panduan pembelian minyak ikan ni

1. Kandungan Omega 3 Dalam Setiap Kapsul

Ketahui kandungan sebenar omega 3 dalam setiap kapsul minyak ikan yang korang telan.

Kebanyakkan supplement minyak ikan mempunyai label depan yang mengatakan setiap kapsul mengandungi 1000mg minyak ikan.

Tapi di bahagian belakang korang akan nampak bahawa EPA dan DHA hanya 300 mg.

Kandungan DHA & EPA ini yang kita mahu kerana DHA & EPA inilah yang kita panggil "active ingredient", yang akan memberikan health benefits omega 3.

300mg DHA & EPA kandungan omega 3 yang standard, kebanyakkan minyak ikan dipasaran mengandungi lebih kurang 300mg per capsule. 

300mg ni kita panggil single strength, kalau double strength biasanya 600mg/ capsule & triple strength pulak, 900mg omega 3 per capsule.

Jadi sebelum korang beli minyak ikan jenama X, Y ke Z ke, baca dulu label belakang & ketahui berapa kandungan DHA & EPA. 

2. Berapa Kandungan Omega 3 Yang Korang Perlukan?

Untuk general health maintenance, 300mg-600mg omega 3 adalah memadai. 

Menurut American Heart Assosication (AHA), untuk mereka yang mempunyai masalah sakit jantung, tinggi kolesterol atau tekanan darah tinggi memerlukan lebih daripada 1000mg omega 3 setiap hari.

AHA juga melaporkan bahawa pengambilan 2000-4000mg omega 3 sehari dapat mengurangkan 20-30% kandungan TG dalam bacaan kolesterol darah.

Tapi kalau korang ada masalah jantung atau mengambil ubat pencair darah, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minyak ikan dalam dos yang tinggi ya.

Ini kerana minyak ikan yang tinggi dosnya mempunyai blood-thinning properties, iaitu boleh mencairkan darah.

3. Pilih Minyak Ikan Yang Melalui Proses Molecular Distilled/ Purified

Ikan, terutamanya spesis pemangsa yang makan ikan lain dan berjangka hayat panjang akan "bioakumulasi"/ mengumpul logam berat seperti merkuri, arsenik dan kadmium dalam badan mereka.

Logam-logam berat ni datangnya dari sumber perindustrian dan sampai ke kawasan perairan/ laut dimana ikan-ikan ni cari makan.

Bahan cemar ini kemudian terkumpul di dalam minyak ikan yang diperolehi daripada ikan ini.

Sebab tu penting untuk kita pilih minyak ikan yang telah melalui proses molecular distillation atau minyak ikan yang highly purified.

Proses ini akan menyingkirkan bahan cemar seperti logam berat, PCBs yang boleh membahayakan kesihatan. 

4. Sumber Omega 3

Ada beberapa jenis supplement omega 3 selain minyak ikan. Contohnya cod liver oil- minyak ikan kod dan krill oil.

Cod liver oil adalah minyak yang diekstrak daripada hati ikan kod. Selain DHA & EPA, minyak ini jugak secara semula jadi mengandungi vitamin A & D. 

Manakala minyak krill adalah minyak yang diekstrak daripada Krill Antartika, spesis udang kecil berwarna merah yang hidup di dasar laut. 

Minyak Krill mengandungi omega-3 dalam bentuk trigliserida dan fosfolipid dan secara semula jadi mengandungi antioksidan astaxanthin.

Minyak ikan vs cod liver oil vs krill oil yang mana lebih bagus?

Bergantung kepada bajet dan health concerns korang. tapi biasanya krill oil lebih mahal sebab proses untuk menghasilkannya lebih sukar.

5. Ciri-ciri Produk Yang Unik, Lain-lain

Okay yang ni letak paling last sekali. Apa feature produk supplement minyak ikan yang unik atau special?

Mini capsule yang senang ditelan ke, kapsul perisa lemon dan sebagainyalah.

Ada sesetengah minyak ikan dipasaran mempunyai capsule enteric coated. Feature kapsul ni dia tak pecah dalam perut sebaliknya akan terurai dalam usus kecil dimana penyerapan asid lemak berlaku.

Ada 2 kelebihan capsule enteric coated

  • Mengurangkan sendawa bau ikan, mual, kembung perut atau ketidakselesaan perut terutamanya untuk mereka yang tak boleh tolerate high amount of oil at one time.
  • memastikan penyerapan omega 3 yang optimum - kapsul hanya akan terurai di usus kecil.

Ataupun korang jenis orang yang suka rasa minyak ikan dan tak suka telan kapsul, bolehlah pilih supplement minyak ikan jenis cecair.

Baiklah, diharap dengan 5 panduan diatas, korang boleh menjadi pengguna yang bijak dalam memilih supplement minyak ikan, sesuai dengan health concern & bajet.

1. https://www.ahajournals.org/doi/full/10.1161/01.ATV.0000057393.97337.AE

2. https://www.uspharmacist.com/article/aha-issues-new-scientific-advisory-on-prescription-omega3-fattyacid-benefits

Comments

Others Also Read This!

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

Goodbye For Now Dear Friend, We Shall Meet Again.

I don't really share about my personal life but today, I lost a dear friend. You know that kind of person that never really leave your life?  That friend that no matter what happens, will always gravitate back into your life especially when you are having a hard time? That kind of friend that says they miss you and then googled your name to see what picture of you that might come up? Yes, he is that kind of friend. And now he has left me for good. Our path first crossed many-many years ago, at a time when I was at my lowest.  We were from a different world. Mine was rose-tinted, safe, and secure. While his world was shadier and truly complicated.  Our personality was also of the polar opposite. I was the serious and disciplined type and he is free-spirited, just kinda breezing through life. Carefree, funny, and a soft-spoken guy. Sometimes things just clicked. 7 years ago, we dated briefly and in that short time, I learned so much about life outside of my bubble. Of all ...

Kelebihan Supplement Magnesium Untuk Kesihatan

Pada pendapat peribadi CPPS, magnesium ni adalah satu mineral/ supplement yang agak kurang diketahui kebaikkannya.  Magnesium ni tak mahal. Dalam banyak-banyak supplement , magnesium ni kiranya dalam kategori murahan je. Tapi tersangatlah banyak kelebihannya. Selain vitamin C, magnesium adalah antara supplement yang CPPS nampak dan rasa perubahannya. 1. Baik Untuk Merehatkan Otot Kadang-kadang, weols ni perlu bertugas ketika sales atau event yang memerlukan weols berdiri for most of the 12 hours. Bukan sahaja berdiri, malah weols juga harus kesana kemari berpura-pura rajin  melayani pelanggan. Malam tu sampai ke esoknya, weols memang akan sakit satu badan. So senior-senior rekomen, sebelum tidur malam tu, telan 1-2 biji magnesium. Ajaib sekali, besoknya badan tak sakit malah segar bugar!  Kebiasaanya ramai yang akan MC selepas event macam ni, EXCEPT ME. because me is stwong  2. Membantu Mengurangkan Senggugut CPPS adalah antara manusia yang mengal...

Sikit Lagi Mau Jadi Hulk

I always consider myself to be a mild-mannered person. Sometimes people, especially those who doesn't really know me that well said they never saw me get angry. They described me as someone cool and calm. Most of the time, i don't get angry that easy but i'm human okay, i do get angry. When i'm annoyed, angry or plain moody, only those close to me knew, especially my dear friend, Anne  I don't have to say a word, she only need to look at my face. I used to think that i have a high patience-threshold but lately, i think something shifted and lowers the threshold. Last week i find myself super irritable, angry and snapped at those who annoys me. I don't know why of all the days, those friends all choose the same day to test my patience. I'm sorry i raised my voice at you guys :p Maybe i should do yoga or something to calm myself down . Or attend anger management courses. Or something like that... Ya, i look like that when i'm angry. All o...

Jom Ke Krabi - Krabi Night Market Atau Pasar Malam Krabi Yang Popular!

Read about our FABULOUS Bluesotel Krabi HERE and our EXCITING island hopping adventure HERE . Okay hari ketiga adalah hari CHILLEX bebeh! Pagi tu weols bermalas-malasan dan breakfast dalam bilik hotel. Makan roti cicah nescafe, maklumlah 7E sebelah je and breakfast hotel pulak mahal. Dalam pukul 11 macam, weols pun keluar menjelajah, menyusuri kawasan Ao Nang dan Noppharat Thara beach, jalan-jalan cari makan dan cuci mata Ihhh tak. Mun dik Bau mun eh neh. Ba ninga dorod dik belakang noh ~ Google translate plis Pantai Ao Nang dari hotel kitorang takdelah jauh sangat, dalam 5 minit perjalanan je. Tapi nak ke Noppharat Thara beach tu boleh tahan jauh, dalam 10-15 minit berjalan dalam terik matahari. Boleh tahan basah jugak ketiak. Gadis x: Saya cuma akan kawan dengan lelaki yang ada Honda. Huh! orang yang takde Honda tak layak untuk i! Lelaki x: Saya ada Honda! Gadis x: Jom kawin. Kalau uols malas nak jalan, boleh je sewa scooter/motosikal. 200 Baht untuk sehari. ...