Skip to main content

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu?

oh chocolate milkshake

Lactose Intolerance: Kenapa Cirit-Birit Apabila Minum Susu

Adakah korang antara orang yang cherry berry dengan meriah seperti pertunjukkan bunga api di ambang tahun baru sejurus selepas minum susu atau makan apa-apa produk tenusu contohnya keju?

Besar kemungkinan anda mengalami lactose intolerant. 

Apa Itu Lactose Intolerance? 

Sebelum tu, mari kita kenali dulu apa itu lactose.

Laktosa atau lactose adalah sejenis gula semulajadi yang terkandung dalam susu kebanyakkan mamalia, termasuklah susu ibu. 


Dan lactose intolerance adalah sesuatu keadaan dimana badan seseorang itu kurang berupaya untuk cerna dan hadam laktosa.

Dalam badan kita, terdapat satu enzim yang dinamakan lactase, yang fungsinya menghadam laktosaDan enzim ini sangat penting untuk bayi yang sebahagian besar dietnya adalah susu.

Namun begitu, dalam sesetengah individu, semakin kita membesar, semakin kurang lactase ini dihasilkan oleh badan.

Apa Simptom Lactose Intolerance:

  • Sakit perut
  • Kembung perut
  • Kentut prap pap pappp 
  • Cherry berry a.k.a cirit birit
Ini semua disebabkan oleh lactose malabsorption/ laktosa yang tidak terhadam.
 
Lebih kurang 70% orang dewasa tidak menghasilkan lactase yang mencukupi untuk menghadam segala susu milkshake, cheesecake, baked cheese rice dan segala produk tenusu di atas muka bumi ini. (Primary lactose intolerance)

70% orang dewasa, ramai tu.

Sesetengah orang pulak mungkin okay je minum susu tapi tiba-tiba mengalami lactose intolerance selepas pembedahan atau penyakit sistem penghadaman i.e jangkitan virus atau bakteria. (Secondary lactose intolerance)

Merujuk kepada gambar dibawah, lactose intolerant ni adalah sesuatu yang agak biasa dikalangan orang Asia. 

Malah melibatkan lebih kurang 90% orang dewasa dalam populasi tersebut.


https://commons.wikimedia.org/wiki/File:Worldwide_prevalence_of_lactose_intolerance_in_recent_populations.jpg


























Sebenarnya, kebanyakkan mereka yang lactose intolerant boleh saja mengambil laktosa dalam kuantiti yang sedikit. 

Contohnya, sistem penghadam mereka boleh menerima sedikit susu dalam teh tetapi terjadinya letusan cherry berry apabila minum segelas susu. 

Malahan, menurut kajian, mereka ini boleh hadam sehingga 12 gram laktosa sekali makan.  12g laktosa bersamaan dengan jumlah laktosa dalam segelas (230ml) susu. 

Ataupun nak selamat, segelas susu tu jangan teguk sekali duduk. Boleh minum sikit-sikit untuk sepanjang hari. 

Atau boleh pilih produk tenusu yang kurang laktosa, contohnya yogurt. 

Tapi kalau korang jenis yang suka minum susu makan ice cream makan cheesecake, korang boleh ambik enzyme supplements yang mengandungi lactase 

Pastikan dalam tu ada lactase ya. Rajin-rajin belek supplement facts kat botol tu.

Sumber Kalsium Selain Susu

"Tapi-tapi, I dah give up dengan makanan berasaskan tenusu. Bukan setakat lactose intolerant, malahan ianya membuatkan badan i pro-inflammatory. So I nak avoid dairy, tapi mana nak dapat kalsium selain susu?" tanya Cik A pulak.

Jangan risau kerana terdapat jugak sumber kalsium daripada produk bukan tenusu seperti gambar dibawah: 


Jenis ikan-ikan kecil yang bertulang lembut juga merupakan sumber kalsium yang baik. Jadi kalau korang makan ikan sardin, ikan bilis ke, kunyah dan makan tulang-tulang dia jugak sebab tulang tu sumber kalsium yang baik.

Dengan maklumat diatas, diharap korang tidak mengalami masalah osteoporosis kerana tak boleh minum susu. hehe. 

Comments

Others Also Read This!

Porn Puaka Di Gym

Tajuk mengundang kontroversi Sis ni bukan apa rajin pergi gym, selain nak bersenam, iols juga suka mencuci mata. Bukan setakat mencuci mata dengan jantan helok (I'm still hoping sebab gym iols pegi tu SENDUU), sis juga suka melihat gegadis yang fefeeling gedik dengan bermacam fesyen di gym tu. Biasanya gegadis newbie ni macam cendawan. Muncul sekejap di kala azam baru masih utuh yakni di awal tahun atau selepas perayaan di mana memasing nak kurus.  Tunggulah 2 bulan kemudian langsung tak nampak batang hidung ataupun buttcheeks. Eh? Sebenarnya salah satu benda Cik Panda nak cerita pasal butt cheeks. Butt cheeks are absolutely NO NO except at the pool or beach when you are in your swimsuit.  Cik Panda tak jealous la uols sebab Cik Panda tak hingin pun nak ada bontot yang jelly welly tu. ZAssssss So hari tu ada sorang minah ni baru 1st time iols nampak kat gym, tengah workout dengan bopren dia la gitu. Pakai sports bra je dengan really short shorts yang menampakkan ...

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk

5 Produk Kurus Di Watsons: Jom Kita Review Bahan- Bahan Yang Terkandung Dalam Produk   Adakah anda antara orang yang pernah beli produk kurus sebab terpengaruh dengan iklan atau testimoni kawan-kawan? Beli tapi kenapa ya tak kurus-kurus?  Okay takpa sis, kita try pulak produk lain. Produk X ni orang cakap bagus, maka korang pun terpengaruh lepas tu beli lepas tu tak nampak result. Frustrating kan? Badan tak kurus pun, yang kurus tu dompet uols je. Produk kurus memang sentiasa laku sepanjang zaman. Kat mana-mana pun ada jual, banyak sangat kat pasaran.  Tapi macam mana kita nak tau yang mana okay, yang mana tak okay dan bazir duit je nak beli? Ha, kenalah jadi pengguna yang bijak sisturs & brother sekalian. Ambik tahu apa bahan-bahan yang terkandung dalm produk tu, fahami macam mana produk ni membantu untuk menurunkan badan.  Baca:  Kenali Bahan Lazim Yang Terkandung Dalam Produk Kurus Atau Fat Burner Barulah kita tidak senang terpengaruh dengan iklan at...

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia?

How Long Does It Take For Books From The Book Depository To Reach Malaysia? Update as of July 2023: Unfortunately, Book Depository has closed on 26th April 2023 😢 I love books and on average, I read about 1-2 books a month.  I'm not very fussy about the condition of books as long as I have exciting stories to read. And because books can be expensive, here are my go-to-places for cheap & affordable books: Bookxcess  - 1st hand, brand new books Booksnbobs - Quality, preloved books at affordable prices Carousel - for cheap, preloved books that I can't find elsewhere like this Babylon series Booksonthemove - Loved this initiative of book exchange! I used to visit the one in The Linc KL then boom! MCO so I can't travel more than 10km. sad. Big Bad Wolf Books on Shopee  - cheap! Anyway, I just recently discovered The Book Depository , an online book store based in the UK and has a wide selection of books on topics I couldn't find here in Malaysia. I've always bee...

3 Produk Meal Replacement Di Watsons

 3 Produk Meal Replacement Di Watsons Image: Unsplash/ Derick Mckinney Adakah anda sedang cuba menurunkan berat badan tetapi sukar untuk mengawal pengambilan kalori harian? Atau anda seorang yang sentiasa sibuk, sering skip meals , dan sukar untuk mencari makanan yang sihat dan seimbang dek kerana jadual seharian yang padat? Meal replacement mungkin adalah jawapan yang anda cari. Apa Itu Meal Replacement ? Meal replacement adalah pengganti makanan yang secara amnya, mempunyai kiraan kalori sekitar 200–400 kalori dan mengandundi protein, serat serta vitamin dan mineral penting yang mencukupi. Apa Perbezaan Meal Replacement & Protein Shake? Meal replacement shake dan protein shake mempunyai kegunaan dan manfaat yang berbeza.  Meal replacement - Bertujuan menggantikan makanan anda supaya ia mesti mengandungi nutrien penting (karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral) Protein shake - bertujuan untuk mencukupkan atau menambah protein dalam pemakanan seharian...

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka

Lelaki Gersang Bernafsu Puaka Kawan-kawan Cik Panda selalu cakap  "Waaahhh untungla you. Ramai lelaki nak kat you." Arghhh itu semua ketahian.  Kalau nak kat weols tapi niat tak ikhlas buat apa kan. Kalau tertarik dengan rupa fizikal Cik Panda baik tak payah. Rupa fizikal boleh berubah, esok-esok kalau Cik Panda dah tak gojes mojes mau lagi ke orang tu dengan Cik Panda? Sedangkan pantai pun berubah, inikan pula hati manusia.  Gituuuuu. Cik Bear, kawan kepada Cik Meow cakap "Cik Panda tu memang lah cantik, ada body semua tapi tu lah semua lelaki nak kat dia sebab body dia. ha tu lah buat badan lagi." Cik Panda buat badan untuk kepuasan diri sendiri uols. Kepuasan yang macam ni ha "You can look but you can't touch." katanyaaa Cik Panda tak boleh la nak halang orang yang tergoda tengok tapi rimas lah iols nak menapis lalat-lalat bernafsu serakah ni.  Sebab tu Cik Panda perlukan bodyguard/gym buddy/boyfriend upahan/tunang upahan.  G...